Pengenalan Fiksyen Dunia- Mohd Yusuf Hasan

Apabila kita membaca sesuatu yang kita tidak pernah tahu sebelum itu, seolah-olah ia akan membuka dua jalan untuk kita. Pertama, kita akan terus membaca kerana hendak memenuhkan padat rasa ingin tahu ataupun kita akan berhenti lalu berpatah balik, kata mudahnya ialah kita tidak ke mana-mana. Pengenalan Fiksyen Dunia sebuah buku tulisan Mohd Yusuf Hasan ialah sebuah naskah yang mengkaji fiksyen dunia sastera global. Kerana tajuknya ialah Pengenalan Fiksyen Dunia, maka isi-isi di dalam buku ini hanya dikupas kulitnya sahaja.

Pengenalan Fiksyen Dunia ditulis dalam dua kategori, pertama Mohd Yusuf Hassan membawakan penulis-penulis dari dunia barat kepada kita. Siapa itu Leo Tolstoy, siapa pula Gustave Flaubert. Mengapa James Joyce ataupun Virgina Wolf. Apakah Franz Kafka, D.H Lawrence dan Ernest Hemingway berkongsi sudut yang serupa. Dari sisi penulis di sebelah kiri, ia bergerak ke sebelah kanannya iaitu karya-karya penulis itu sendiri. Leo Tolstoy dengan karya besar War An Peace ataupun Childhood, Gustave Flaubert yang menulis November, The Sentimental Education dan Madamme Bovary yang tersohor. James Joyce dengan mahakarya Potrait Of  The Artist As A Young Man, kisah hidupnya sendiri ataupun Virgina Wolf yang terkenal dengan Wuthering Weights. Nama-nama besar lain seperti Franz Kafka dengan The Metamorphosis yang masyhur, sebuah cerita seorang manusia yang tiba-tiba bertukar menjadi seekor ‘giant cockroach’, Samsa, selain itu ada juga Samuel Beckett, William Faulkner dan Albert Camus.

Kategori kedua di dalam naskah ini membawa pula catitan-catitan cerpen dari timur berserta penulisnya. Latif Kashmiri (Bangladesh), Lu Hsun (China), N.V.M Gonzales (Filipina), Kazuo Ozaki (Jepun), Kassim Ahmad (Malaysia) dan beberapa nama lainnya.

Sebetulnya, semua penulis-penulis di atas tidak pernah ada satupun karya mereka yang pernah saya baca. Namun seperkara yang menarik di dalam buku ini yang saya temui, berdasarkan hasil pengkajian penulisnya, saya mengetahui ramainya nama-nama besar penulis barat itu sebelum mereka menjadi betul-betul seorang penulis, mereka mulanya cuba menjadi orang lain, iatu mereka melakukan kerja yang bukan menulis dan setelah dirasai pekerjaan itu tidak sesuai dengan jiwa dan rohani mereka, lalu mereka tinggalkan.

Contohnya seperti Leo Tolstoy yang pernah memasuki University Of Kazan tetapi keluar tanpa memperoleh apa-apa ijazah,   kemudian dia menjadi askar sukarela dan melahirkan cerpen sulungnya Childhood selepas itu. Franz Kafka juga memasuki Prague University- mula-mula belajar ilmu kimia, kemudian bahasa jerman dan kemudiannya undang-undang. Sebelum serius menulis, Kafka bekerja di mahkamah selama satu tahun dan menjadi kerani kilang selepasnya.

Membaca Pengenalan Fiksyen Dunia samalah seperti membaca santai Ilham Di Tepi Tasik. Kata pemula Ilham Di Tepi Tasik bicara Sasterawan Negara A. Samad Said dalam perenggan awalnya Ragam Alam dan Etnik Mercupkan Karya sudahpun mengisahkan tentang Ernest Hemingway yang telah melahirkan A Farewell To Arms dan For Whom The Bells Tolls, juga James Baldwin. Bezanya Pengenalan Fiksyen Dunia ini lebih ditulis dengan kata-kata ilmiah, moden dan canggih.

Seorang penulis, sebelum betul-betul dia tegap menjadi penulis dia akan dibayangi oleh penulis besar yang telah lahir sebelum itu. Leo Tolstoy, Franz Kafka, Ernest Hemingway, A. Samad Said, Shannon Ahmad, Hamka, Pramoedya, Chairil Anwar, Ishak Haji Muhammad tetap akan ditiru gaya mereka, fikiran mereka, penulisan mereka.

Biarpun belum pernah membaca Kafka, Hemingway ataupun Leo Tolstoy saya merasakan gaya-gaya mereka sedikit sebanyak sudah bercampur dengan penulis-penulis timur dan diadun dengan lebih berseni dan tertib. Kerana saya pernah terbaca bagaimana seorang penulis besar terilham melalui karya War And Peace lalu melahirkan karya besarnya, samalah seperti merana seorang pemuda Di Bawah Lindungan Kaabah dan sepinya seorang pemburu dalam The Snow Of Kilimanjaro.

1 Comment (+add yours?)

  1. Trackback: Pengenalan Fiksyen Dunia – Muhd Yusuf Hasan (RM 10) « Studio Gramsci

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: