Ranah 3 Warna- A. Fuadi

Saya menutup helaian terakhirnya dengan perlahan. Kemudian saya bersandar lesu. Mendongak ke langit rumah, yang ada cuma atap bata yang berwarna putih dan kipas yang sudah berdebu sedang ligat berpusing (Malasnya mahu membersihkan).  Saya menarik nafas dalam-dalam, lalu saya hembuskan nafas yang panjang. Membaca Ranah 3 Warna, sebenarnya membaca diri kita sendiri. Memandang cermin, memantulkan wajah kita, atau membandingkan bayang-bayang dengan fizikal yang nyata di tengah terik matahari. Naskah ini terlalu bermotivasi. Ya, selepas 5 Menara yang resah di dalamnya menyurat tentang perjuangan ilmu Alif Fikri di Pondok Madani, kini Alif menjalin pula perjuangan hidupnya di Universiti Padjanjaran (UNPAD). Kisah mahasiswa yang sebenarnya panjang, lelah dicabar oleh dugaan persekitaran dan kemampuan diri sendiri.

Andai kita menelaah sebuah buku, sebenarnya apa yang ternampak di dalam lurus-liku jalan cerita, nilai watak dan perwatakan serta gambar latar suasananya cumalah kulitnya sahaja dan ia tidak ubah seperti kita  sedang mengupas kulit itu dengan harapan  isinya nanti kita dapat cicipi, kunyah dan nikmati, juga tentulah kita akan lebih berpuas jika isinya manis, ranum malah berkhasiat pula. Dan kadang-kadang boleh jadi pula  pisau yang digunakan itu terhiris ke jari sendiri. Begitulah Ranah 3 Warna kepada saya. Jika di dalam 5 Menara kita dijodohkan dengan kata-kata sakti “Man jadda wa jadda”, di dalam Ranah 3 Warna rupanya lebih menyergap dengan kata-kata hikmah “Man shabara zhafira” juga “Iza shaqadakal azmu wadaha sabil”. Inilah kekuatan A. Fuadi di dalam karyanya. Kekentalan Alif Fikri untuk melembutkan  perjalanannya yang ternyata keras dan berkerikil . A. Fuadi dengan kata-kata hikmahnya  ibarat seorang penulis yang menemukan sebatang pena hikmat untuk menulis dan  apa yang ia tulis walaupun dengan kadar bahasa yang sederhana tetapi begitu mencabar pembaca untuk bertarung di dalam zon kehidupan mereka sendiri. Menuntut sebuah perbandingan. Antara Alif Fikri dengan kita.

Ranah 3 Warna ialah sebuah kisah yang bagus untuk dijadikan ingatan kepada orang yang beruntung atau masih lagi punya sedikit keuntungan, Ranah 3 Warna juga harus menjadi cerita kepada manusia-manusia yang lemah semangat perjuangannya, Ranah 3 Warna juga mesti menjadi perbandingan yang nyata dalam kehidupan. Kita tidak boleh hanyut terlalu jauh kerana ia tidak akan mengembalikan semula kita ke daratan atau kita tidak boleh tenggelam sampai ke dasar kerana itu boleh mematikan atau memupuskan semangat dan cita-cita.  Apatah lagi jika ia sebuah cita-cita yang murni dan bersih. Yang pasti “Man jadda wa jadda” itu bagaikan sebatang jalan  yang menuju ke sebuah kota impian, dan “Man shabara zhafira” itu ialah kompas yang memandu untuk melewati jalan yang betul-betul benar untuk ke destinasi itu. Dan kita, selalu diajak A. Fuadi untuk memulakan langkah pertama.

Man shabara zhafira.

2 Comments (+add yours?)

  1. Pei Pan
    Jul 10, 2011 @ 23:15:03

    Sudah lama beli tapi masih belum berkesempatan membacanya. Begitu juga dengan Negeri 5 Menara.

    Mana yang lebih baik antara Dwilogi Padang Bulan dengan Dwilogi Negeri 5 Menara?

    Reply

    • budakkilang
      Jul 22, 2011 @ 23:45:41

      Saya tidak boleh memberikan jawapan antara dua karya ini mana yang lebih baik. Kedua-duanya masih mempunyai pro dan cont. Contohnya Ranah 3 Warna lebih bersifat motivasi tetapi ceritanya disampaikan melalui gaya yang serius, sementara Dwilogi Padan Bulan, juga bermotivasi tetapi gayanya berunsur humor dan methapor.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: