Dwilogi Padang Bulan & Cinta Di Dalam Gelas- Andrea Hirata

Kegilaan nombor 45 ialah obsesi pada Andrea. Justeru itu, bagi kemakmuran jiwa setiap manusia, saya tidak merekomendasikan buku ini untuk dibaca. Malah jika boleh, cover page buku ini pun haruslah (baca wajib) disekat untuk paparan umum, judulnya harus pantang disebut dari mulut-mulut masyarakat dan rakyat (Pemerintah sila ambil perhatian). Apatahlagi jika tulisan-tulisannya diulang cetak secara berleluasa boleh menyebabkan gangguan mental disoder , diterbitkan semula akan menyebabkan wabak bioterrorisme, andai karyanya ini diterjemahkan pada tiap-tiap bahasa boleh mendatangkan kesan rumah hijau yang dahsyat atau disimpan pada tiap-tiap rak buku yang ada di rumah, kedai buku, perpustakaan adalah seperti menyimpan bahan radioaktif beradiasi tinggi.

Saya tidak mahu memberikan ulasan kepada buku ini, kerana nanti saya akan dituduh bias, kejam, tidak adil dan banyak lagi perkataan yang macam-macam. Lalu nanti di kemudian hari saya akan dipersoalkan kembali. Saya tidak mahu. Amaran dari saya, jangan baca buku ini.

10 Comments (+add yours?)

  1. yen
    Jun 20, 2011 @ 16:57:14

    tapi saya nak baca.boleh bagi pinjam?

    Reply

  2. yen
    Jun 23, 2011 @ 13:21:22

    ada mana.sabtu ni.saya ke cbs dekat dataran bandaraya.heee😀

    Reply

  3. Pei Pan
    Jun 28, 2011 @ 06:36:33

    Sudah beli tapi masih belum baca. Saya baca ulasan yang amat menarik tentang buku ini oleh Isma Ae Mohammad.

    “Jangan baca buku ini” itu menimbul rasa yang mendalam untuk ingin tahu. Bias atau tidak itu terpulang pada yang membaca.

    Apakah novel ini benar-benar tidak bagus? atau terlampau bagus. Bukan apa, saya tidak mahu membuang masa membaca perkara yang tidak penting sepanjang tahun ini.

    Boleh kongsikan barangkali.

    Reply

    • budakkilang
      Jun 29, 2011 @ 17:52:30

      Baiklah, saya rasa saya boleh memberikan sedikit rumusan yang adil. Kekuatan novel ini pada saya ialah gaya bahasanya. Penceritaannya dan penyampaiannya. Selain diselitkan dengan unsur-unsur humor yang memikat, ada juga cerita tentang cinta, kejujuran, motivasi dan nilai-nilai positif lain. Terus terang, saya meminjam kata seorang sahabat bahawa andera memang seorang penulis yang ‘genius melukis cerita’.

      Saya minta maaf jika setelah komen ini diberi dan ternyata anda kurang berselera ‘mengunyah’ novel ini, adalah ketara menunjukkan bahawa kita sememangnya punya ‘selera’ yang berbeza.

      Reply

  4. lina
    Jun 29, 2011 @ 07:55:17

    Saya benar2 muak membaca padang bulan. tapi cinta dalam gelas telah mengubatinya

    Reply

    • budakkilang
      Jun 29, 2011 @ 18:03:20

      Saya tidak paham maksud ‘muak’ itu di dalam padang bulan. Di manakah titik yang meloyakan itu? atau helaian yang begitu memualkan itu? Mohon penjelasan.🙂

      Reply

      • lina
        Jul 07, 2011 @ 10:47:03

        kegilaan dan kebodohannya mengejar cinta A Ling. Itu yang memuakkan. Ikal tidak sepatutnya berterusan bodoh dan tidak tentu arah sebegitu

        begitulah saya rasa🙂

        Andrea akan keluarkan buku baru! 11 Patriot. Yey!

      • budakkilang
        Jul 07, 2011 @ 15:49:43

        Haha..yup, kegilaan nombor 36 ialah kegilaan yang disebabkan cinta, tetapi saya merasakan itu perkara yang positif.

        Mungkin anda cemburu. Jika Ikal mengejar cinta A ling dimanifestasikan sebagai gila dan bodoh, dan bagaimana jika Ikal mengejar cinta Lina Kama? Pasti definisinya berubah..Andrea tuuu…ahaks…

        p/s: Keluar buku baru lagi? kegilaan nombor 57 ialah gila untuk menulis dan menerbitkan buku-buku baru. Kegilaan seperti ini selalu hinggap pada penulis-penulis seperti andera. Dan akan menyebabkan pembacanya mengalami kegilaan nombor 45.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: