Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur- Keris Mas

“Kalau mahu hidup kita mesti berani. Memang perjuangan hidup ini macam itu. Kalau tidak terbilang, hilang. Kalau tidak timbul, tenggelam”.

Membaca Keris Mas seolah menyorot kita untuk hidup dalam satu latar sosial yang asli dan segar. Hakikatnya, seorang sasterawan akan selalu menulis dengan pena pengalamannya, lalu kita sebagai pembaca lekas-lekas menekurkan diri- menginsafi barangkali ceteknya hidup yang kita sedang hadapi.

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (SBDKL), pada saya merupakan sebuah naskah yang mudah tapi punya pesona dalam plot, watak dan latar. Pekan Tualang, Kampung Pulai dan Kuala Lumpur, latarnya sendiri sudah menunjukkan jurang antara sebuah kota mega dengan secebis tanah di desa yang kerdil. Dari situ, dibangunkan pula watak yang besar iaitu Encik Muhammad, Dato’ Tan, Tan Sri Syed Aris. Mereka-mereka ialah tokoh dan saudagar kota. Encik Muhammad sendiri berasal dari Pekan Tualang mengukir mahsyur di Kota Kuala Lumpur. Di kampung Pulai, hidup pula Watak-watak kecil seperti Sudin, Imam Saad, Pak Salim, Tuk Empat Dahlan, Penghulu Mahmud, Jahid, Lebai Maaruf, Mat Akil dan orang kampung Pulai itu sendiri.

Dengan usaha sama Dato’ Tan, Encik Muhammad ingin menerbitkan sebuah syarikat perlombongan di atas tanah Kampung Pulai. Dari situ, telah berangkai hubungan diplomatik-politik atas kepentingan Encik Muhammad untuk menjalankan kerja sulitnya iaitu memastikan penduduk Kampung Pulai akan menjual tanah mereka kepada syarikatnya. Jelas, politik pada masa dahulu ataupun sekarang adalah tetap serupa-kepentingan semata. Encik Muhammad membina hubungannya dengan YB Muhammad Yusuf, dan titiannya dengan masyarakat kampung melalui Sudin. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak terputus dan tepung tidak berselerak. Gambaran yang jelas, seorang tokoh yang nampak wajahnya ikhlas, rendah diri, tinggi budi, dermawan-tentunya berjaya memikat hati orang-orang kecil yang tidak nampak keinginannya sebesar jarum untuk menyulam jerami-jerami emas menjadi sebuah hamparan permaidani.

Namun begitu, hajatnya untuk melombong seluruh Kampung Pulai tidak berjalan mudah, lantaran antara banyak orang, akan ada yang sedikit hidupnya tidak bermatlamatkan harta sahaja. Begitulah cabaran bagi sseeorang yang memiliki harta, sedang harta itu menawan seluruh hati, tetapi tidak dapat memikat orang bersandarkan ketentuannya pada Ilahi. Imam Saad dan Lebai Maaruf ataupun Sudin yang separuh insaf. Anak Encik Muhammad, Rahim sendiri menentang tindakannya ayahnya untuk membeli tanah orang kampung. Rahim menganggap ayahnya sudah buta kerana harta, menganiaya orang kampung dan hanya memikirkan keuntungan diri sendiri.

Jika kita membandingkan antara Tuan Direktur tulisan Hamka sama SBDKL, kita akan melihat hampir kepada satu titik, karakter dan pesan yang sama  dalam ruang yang berlainan latar dan sudut pandang. SBDKL bezanya memerlukan banyak watak untuk dilengkapi ceritanya sedangkan Tuan Direktur dengan terus menceritakan “dia itu begitu, dia ini begini”, jalannya ceritanya lurus berbanding SBDKL yang banyak lenggok tari dengan bahasa langgamnya. Justeru kita dapat membayangkan Pak Jazuli itu Encik Muhammad, cumanya dia tidak pelahap seperti Pak Jazuli. Margono atau Haji Samin akan sama dengan Mat Akil, Pak Yasin itu Imam Saad ataupun Lebai Maarup,  dan Fauzi pula ialah Rahim ataupun Sudin dalam satu lakonan. Ibaratnya, seorang pelakon yang berlakon dalam drama atau movie yang berlainan, tetapi pelakonnya hanya itulah. Bezanya masih tetap ada, dan hasilnya tidak akan kecewa kerana pengarahnya tidak berkongsi kemahsyuran yang serupa.

7 Comments (+add yours?)

  1. yen
    Jun 06, 2011 @ 14:39:37

    ahh..saya dah baca yang ini! hehe🙂
    saya tak ingat dialognya tapi paling suka bahagian anak saudagar beritahu kepada bakal isterinya yg dia akan menentang cara bapanya dan bakal bapa mertuanya sekali..
    (ah.hati perempuan,mudah saja dibaca.hopeless romantic tu memang sayalah. :)))

    Reply

  2. budakkilang
    Jun 06, 2011 @ 22:53:35

    Heh..Dialog Rahim kepada Mahani. Berangan mahu jadi Mahani ya? Tapi sayang, Rahim orangnya serius. Sesuai ke dengan awak Yen. Woha!!🙂

    Reply

  3. Pei Pan
    Jun 07, 2011 @ 00:12:25

    Masih menunggu masa untuk membaca setelah terpengaruh dengan ulasan Pak Shahnon tak lama dulu.

    Reply

  4. budakkilang
    Jun 07, 2011 @ 00:13:55

    Pei Pan, dimanakah boleh saya baca ulasan Pak Shanon itu???

    Reply

  5. Pei Pan
    Jun 17, 2011 @ 21:01:06

    Dalam buku bertajuk Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan. Terdapat juga ulasan mengenai Muhammad Akhir [novel sufi yang amat baik sekali] oleh Anas K. Hadimaja, Dee oleh Azizi Abdullah, Tikus Rahmat dan beberapa buah novel lain.

    Kalau tentang novel hebat luar negara pula, saya kira ulasan dalam Fiksyen Sains adalah yang paling baik sekali. Mungkin sedikit sukar mencarinya di pasaran.

    Reply

  6. budakkilang
    Jun 17, 2011 @ 21:29:37

    Serius, penyataan anda begitu menggerunkan. Belum sampai tahap saya lagi membaca buku-buku kritikan sastera yang dinilai matang.

    Reply

  7. azlina
    Feb 12, 2013 @ 15:38:37

    dimana ada jual buku ni ye…
    sesiapa yang tahu sila tgalkn komen..
    saya perlukan buku ni sesangat…
    thanks..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: