Dari Salina Ke Langit Petang- A. Samad Said

Dari Salina Ke Langit Petang, begitu buku ini saya tempah secara ‘online’ melaui Saudara Hilmi Samad. Kerana saya mengharap sesuatu yang berharga darinya, maka seperti dijanjikan, buku ini tiba dengan 2 buah buku lainnya iaitu Keledang dan Ilham Di Tepi Tasik- teristimewa dengan tanda tangan penulisnya pada setiap naskah. Tidakkah itu terasa indah? Pertama kalinya koleksi buku simpananan saya yang terlekat tanda tangan sang pengarangnya. Terima Kasih.

Membaca Dari Salina Ke Langit Petang, membawa kita ke simpang mula perjalanan A. Samad Said. Bersatu di dalam tulisannya untuk mengenali dalam dirinya, semasa usia yang hijau dan remaja-di situ kita akan mengetahui seawal bilakah beliau telah melangkahkan kaki dan memegang pena sebagai seorang penulis serta menlenggokkan tintanya sebagai seorang seniman, lalu kini telah memanjat pula tangga gelar Sasterawan Negara.

Saya akui, saya akrab dengan tulisan beliau dan kerap membaca karang-karangan beliau di laman sesawangnya. Sesuatu yang mudah dicapai dan senang dibaca berulang-ulang untuk mendapatkan makna sezarah zat yang lazat.

Bila kita menghayati tulisan beliau di dalam naskah ini, menyelak tertib helaian demi helaian, kita akan dapati seolah-olah Sasterawan Negara ini sedang berbicara dengan kita! Beliau duduk di depan kita, sedang kita pula menekuni setiap patah katanya, kisah pengalaman yang getir-zaman perang dan pejanjahan, sejarah yang ditafsir-kenangan, nasihat yang padu khasiat, Sambil meneguk secawan kopi kemudian bersambung kepada pesan yang berinti kesan-bagaimana penulis harus mempuyai kekuatan karyanya sendiri dan buah akal sebagai bekal-untuk penulis dan bakal penulis nanti.

Seolah-olah saya dapat ‘melihat’ suaranya, tak terdengar janggal dia berbahasa baku, redup matanya dibalik cermin kaca yang dipakai, bibir yang bergerak-gerak tak nampak-dibalik kumis dan janggut putih yang mengurai dan wajah sejuta damai. Jikalah sesungguhnya beliau sedang berkata-berkata di hadapan kita, kita tidak akan mampu mengeluarkan sebutir suara melainkan mendengar tekun setekun-tekunnya. Tetapi sebagai seorang pembaca yang berkhayal liar seperti saya, saya tidak segan untuk berkata “Bapak, saya mahu mandi dulu. Nanti kita sambung” sambil meletakkan buku itu di atas meja kopi atau “Bapak, saya mahu pergi makan dulu” tetapi saya tidak akan tega duduk di meja kedai makan lama-lama sedangkan seorang Seniman menunggu saya untuk dikhatamkan ceritanya.

Dari Salina Ke Langit Petang, lebih kepada travelog seorang Seniman. Travelognya mencari ilham untuk berkarya, travelognya kepada kenangan terhadap penciptaan sebuah seni, travelognya mencungkil rahsia alam untuk menurunkan hujan dari ‘awan-wan terapung’ dan travelognya menjadi pemikir-hati (pemikir dan pemerhati) keanehan manusia untuk memugar cerita. Di sinilah kita akan ketemukan sebuah rahsia besar bagaimana karya-karya malar segar, Salina, naskah Melayu pertama yang lebih 400 halaman itu, Sungai Mengalir Lesu yang nipis tetapi sangat padat dan Langit Petang disusun dan dibina! Bermula dari ‘awan-awan yang terapung’.

4 Comments (+add yours?)

  1. Pei Pan
    May 17, 2011 @ 23:55:59

    Sudah membaca dua daripadanya kecuali Keledang. Masih berkira-kira untuk membeli Keledang [mungkin kerana “promosi” beli dan dapat t/tangan penulisnya].

    Saya suka muka depan buku-buku ini. Dari Salina Ke Langit Petang memang menarik. Salina sudah saya baca, Langit Petang menunggu giliran.

    Reply

    • budakkilang
      May 18, 2011 @ 09:51:11

      Sekarang saya tinggalkan sebentar ‘Ilham di Tepi Tasik’ dan ‘Keledang’. Beralih ke penulis lain. Terus-menerus meranumi karya Pak Samad adalah satu kepayahan buat saya. Tetapi jika ingin ber’ilham’, beliau adalah penulis pertama yang saya pilih.

      Reply

  2. r.o.l.
    May 20, 2011 @ 11:18:46

    Saya jumpa nashkah saya di jualan gudang Dawama, yang versi lebih retro, 1987🙂

    Reply

  3. budakkilang
    May 20, 2011 @ 18:57:25

    wow, naskah kamu lebih klasik rol.🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: