Sebongkah Batu Di Kuala Berang- Faisal Tehrani

Saya menghabiskan membaca buku ini melalui tiga fasa. Fasa yang pertama, ketika dalam perjalanan menaiki kapal terbang, fasa yang ke-dua adalah ketika dalam perjalanan menaiki feri dari Hyundae Beach ke Nampo-dong dalam daerah Kota Busan. Dan fasa yang ke-tiga sewaktu berehat di ‘Tous Les Jours’ Cafe dengan secawan American Cuppucino.

Sebongkah Batu Di Kuala Berang secara keseluruhannya adalah sejarah yang didokumentarikan dalam bentuk penulisan novel realistic untuk menyingkap sejarah dan asal usul kedatangan Islam yang asli dan tulen di Tanah Melayu. Doukumen catatan rasmi yang pertama dan terawal dijumpai ialah ‘Batu Bersurat’.  Selain itu, hanyalah hikayat dan cerita-cerita lisan yang banyak dipertikaikan  sumber dan kesahihannya.

Seperti mana kita ketahui pada hari ini, kedatangan Islam ke tanah Melayu telah mencetuskan banyak teori-teori untuk merungkai kejadian yang sebenar-benarnya, masih lagi misteri. Hingga kini, ia banyak bertindih dan bercanggah jika kita cuba memadankan antara teori dan bukti. Sebagai contoh, teori kedatangan Islam ke tanah melayu dari China, India, Tanah Arab ataupun Kepulauan Aceh sering dikaitkan dengan ketidaktepatan fakta bila dibandingkan dengan realiti semasa seperti perbezaan mahzab yang dianuti, jenis rujukan dalam kitab karangan ulama nusantara yang terdahulu  seperti Hamzah Fansuri, Tun Seri Lanang, apatah lagi jika dirujuk kepada satu-satunya dokumen berbentuk tulisan yang dijumpai iaitu Batu Bersurat itu sendiri.

Faisal Tehrani menggarap naskah ini dengan sinis, bila kita dapat membayangkan watak-watak antogonis yang liar dari latar dan suasana jalan ceritanya meminjam cerekarama dunia perfileman Malaysia, selain dibangunkan sifat optimistik watak protagonis yang dibantu secara pro oleh watak deuteragonis.

Seperti Tuhan Manusia, karya ini lebih  bersifat ilmuwan dan mendukung fakta-fakta yang banyak, mengajak kita sebagai pembaca untuk berfikir, menelaah dan menafsir.

4 Comments (+add yours?)

  1. lina
    Apr 22, 2011 @ 23:11:50

    ceh! sudah beli? jeles!

    Reply

  2. Pei Pan
    Apr 27, 2011 @ 21:53:22

    Ada beberapa fakta dalam buku ini yang sedikit sebanyak mengelirukan saya namun saya kira novel ini sebuah dokumentasi yang baik tentang kedatangan Islam.

    Sekiranya “Nono” baca, adakah dia akan terasa pedasnya “cili” FT?

    Reply

  3. Shazrizil bin Zakaria
    May 30, 2011 @ 10:27:30

    Salam sejahtera,

    Boleh x saya tahu sinopsis penuh karya faisal tehrani ni?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: