Tuesdays With Morrie

 

Sebuah buku yang berkesan, apabila kita membacanya kita akan kembali merenungi, menginsafi dan memperbaiki. Ya diri sendirilah terutamanya. Buku ini seolah-olah tercatit sejarah lama kita dan membawa kita pulang kepada garisan yang telah lama kita tinggalkan. Kehidupan yang mudah dalam ‘Tuesdays With Morrie’. Falsafah kasih sayang adalah semata-mata yang tertanam di dalamnya. Pengalaman dalam kehidupan tidak bukan hanya dengan merasai sendiri, malah kadang berkongsi lebih menjadi dan membina; sempadan mahupun teladan.

Novel ini berkisarkan sebuah kisah benar dalam serumpun kehidupan yang banyak. Ia terpilih kerana di dalamnya melengkapi perasaan kita namanya insan. Ya, ia mewakili kebanyakkan emosi seorang manusia yang terhimpit di celah-celah helaiannya. Sedih, lucu, gembira, suka, duka, simpati, ihsan, tulus, ikhlas, jujur dan pelbagai macam lagi rasa. Perasaan dan emosi manusia tetapi kita dapat membacanya. Tidakkah kita peduli?

Bila membaca buku ini, sebenarnya saya membaca diri saya juga istimewanya. Tidakkah ingin saya melakukan hal yang sama? Setelah lamanya saya tinggalkan.

8 Comments (+add yours?)

  1. fndrocka
    Mar 29, 2011 @ 13:30:30

    Buku ni mcm buku panduan utk mengenal diri sendiri.

    Kau banyak betul membaca..rumah ada mcm library x?

    Reply

    • budakkilang
      Mar 30, 2011 @ 05:50:51

      Kena cukupkan cabaran 50 buah buku setahun. Tak cukup lagi ni. Tukang komen di bawah ini bacanya lebih banyak dari saya.

      Reply

  2. Pei Pan
    Mar 29, 2011 @ 13:40:53

    Saya lebih suka edisi asal kerana terjemahannya kurang kualiti – maksud saya kurang “menyengat”, kurang rasa (feel). Kecacatan ini walaupun bersifat minor namun menyebabkan saya hanya membaca sekadar membaca tanpa merasai apa-apa. Berbeda dengan edisi asal yang dapat saya nikmati sebaiknya.

    Reply

    • budakkilang
      Mar 30, 2011 @ 05:52:19

      Pastilah edisi asal dan terjemahan ini berbeza auranya. Rasanya saya pun patut mencuba naskah asal novel ini.

      Reply

  3. lina
    Mar 31, 2011 @ 01:47:13

    Buku ni dalam banyak keadaan selalu ada dalam handbeg saya. sukar berpisah dengan buku ini, walaupun sudah habis baca

    Reply

    • budakkilang
      Mar 31, 2011 @ 02:42:04

      Itulah untungnya jadi orang perempuan.Bawa beg besar boleh dimuatkan sebuah buku. Saya cemburu. Hahaha.

      Reply

  4. tasekM
    Apr 07, 2011 @ 16:13:15

    tetiba rasa nk pi beli..

    .

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: