Saya Pun Melayu- Zaid Ibrahim

Seorang tokoh politik menulis bukunya. Dengan gaya bahasa yang bersahaja dia menurunkan sedikit cerita, pengalaman, pesan dan pemikiran untuk kita membacanya. Tajuknya sedikit longgar tetapi menjerut persoalan kenapa kata Melayu yang menjadi pilihan. Lalu Zaid membuka sejarahnya dan sejarah negara bagaikan membuka baju kerana kepanasan matahari yang menyengat dan bahang. Suatu kebenaran bahawa matahari itu memang panas.

Terang-terangan, kata Zaid ‘Ketuanan Melayu’ adalah suatu propaganda yang bermotifkan politik. Setelah kemerdekaan kita tebus lebih 50 tahun dahulu, bersama pelbagai bangsa (Cina, India dan bumiputera)  kita wajar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam pengagihan-pengagihan kuasa politik, pemberian dana sosial dan hak kebabesan bersuara yang sama rata dan lebih adil. Tetapi kita juga wajar bertanya, apakah kemewahan dana ekonomi yang ‘mereka’ pegang, sanggupkah dileburkan demi kita?

Memahami penulisannya, Zaid ialah seorang Melayu yang optimis kerana terdidik dalam atmosfera perguaman yang telus memandang tiang keadilan/kebenaran adalah sesuatu yang perlu dipertahankan. Tanpa dirancang, dia terjerumus ke dalam politik dengan cita-cita mulia untuk mereformasikan budaya dan etika songsang ‘politik’ pada waktu itu yang dia sendiri tidak faham permulaannya.

Sebagai seorang yang mempercayai keadilan, zaid begitu lantang mempersoalkan. Isu-isu sensitip yang lancang dari mulutnya yang dia(kita) fikir harus diperhalusi semula, menjadi paku buah keras yang dipulangkan kepada kepadanya dengan motif politik yang keji dan disalah tafsir (kawan mahupun lawan).

Kita tidak dapat membuang minat apabila tersentuhnya isu-isu berkaitan hak kebebasan bersuara, penghapusan ISA, badan kehakiman yang dimomok oleh politikus-politikus negara, kisah tahanan polis yang mati di dalam lokap, percaturan dan konspirasi melantik Hakim Negara, isu pemecatan bekas Hakim Negara, Tun Salleh Abas , pendakwaan ke atas Eric Chia, pembebasan Abd. Razak Baginda di dalam kes pembunuhan Atlantuya dan pelbagai lagi dengan contoh-contoh yang logik dan fakta menjadikan kebenaran yang kita anuti ini masih tergantung sebenarnya. Tali tidak terikat ke palang, barang tidak menjejak ke bumi.

Tidak kurang, pengalaman menghirup udara politik boleh dikatakan ibarat menghirup bau busuk dari parit ataupun longkang yang bertakung, bersampah sarap, kotor dan keji. Begitulah politik Malaysia. Kita sendiri sudah muak dengannya. Tidak ada lagi udara politik yang bersih dan nirmala sebagaimana yang berlaku dalam pimpinan awal tiga mantan perdana menteri yang pertama.

Integriti katanya adalah sesuatu yang penting dalam jiwa individu. Hatta sesiapun, kumpulan ataupun parti, umarak mahupun ulama, samada marhaen, rakyat atau ahli, harus terdidik dalam lingkungan intergriti yang tinggi bagi membentuk masyarakat yang dinamik dan begerak maju. Intelektual dalam memilih dan menyanggah segala tindakan yang diputuskan oleh kerajaan dan bukan sekadar tunduk berpuas hati atau mendiamkan diri sebagai tanda protes.

Contohnya, kita ada akhbar dan stesen television kerajaan tetapi disusahkan apabila pembangkang inginkan perkara yang sama, kita ada SPRM yang pecut menyiasat salah laku golongan pembangkang tetapi bergerak bagai siput apabila menyiasat salah laku golongan sebaliknya, kita ada SPR yang membenarkan tindakan parti dominan menggunakan wang rakyat sebagai taburan janji dalam pilihanraya kecil atau besar, kita ada ISA yang diletakkan dibawah kuasa seorang menteri yang boleh menangkap sesiapa pun tanpa dibicarakan, kita ada kuasa menteri yang boleh melantik/memecat seorang  Hakim Negara pada bila-bila masa, kita ada isu rasuah dan kronisme yang melarat, dan yang paling besar kita ada kerajaan yang kita tidak boleh persoalkan tindakannya!

2 Comments (+add yours?)

  1. Pei Pan
    Mar 04, 2011 @ 09:12:40

    Mungkin makna “Saya Pun Melayu” itu merujuk kepada pembaharuan cara berfikir dalam konotasi seorang Melayu. Mungkin menurut Zaid dia juga seorang Melayu yang sayangkan orang Melayu tetapi dengan “memanjakan” dan selalu di beri “tongkat” bukanlah caranya untuk melahirkan Melayu yang bermaruah.

    Konsep Ketuanan Melayu tidak pernah relevan sama sekali, sekadar retorik murahan. Jika kita mahu bangsa Melayu di hormati bukanlah dengan menjadi seorang tuan tetapi bekerja kuat untuk menjadi seorang tuan – penuh bermaruah, tidak mengharap belas ihsan kerajaan, sanggup berusaha keras, tahan cabaran dan bukannya mencari jalan untuk maju/kaya dalam masa yang singkat tanpa usaha keras.

    Reply

  2. budakkilang
    Mar 08, 2011 @ 16:07:15

    Setuju, buku ini mencerminkan pemikiran zaid sebagai seorang Melayu Baru. Melayu yang patut berusaha lebih keras dan gigih membinabangunkan bangsanya. Tidak salah pada saya jika kita memberikan tongkat kepada yang berhak. Sebagaimana seorang ‘buta’ yang wajar dipimpin melintas jalan yang betul.

    Ketuanan Melayu lebih relevan dalam konteks sistem beraja, sejarah dan bukan dari sudut politik! Inilah retorik murahan pemimpin yang ingin menagih sokongan tetapi dengan propaganda yang meleret tafsirannya.

    Selama separuh abad, Melayu yang berkuasa, tetapi Melayu juga hilang entah kemana? Masih bermimpi atau sudah berputus asa? Kata pepatah arab, ‘ikan jika busuk, akan bermula dari kepalanya’.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: