Interlok- Edisi Saya

Ketika darjah 4 Dahlia, kelas kami waktu itu di tingkat dua. Segala urusan keluar masuk kelas yang berlangsung dalam sesi persekolahan, kami akan mengunakan sebatang tangga yang ada di tengah-tengah bangunan. Waktu masuk kelas, waktu pulang sekolah, ke kantin, pergi bilik guru, ambil kapur di pejabat kerani mahupun ke tandas yang terletak di bahagian penjuru bawah bangunan bersebelahan stor sukan dan bilik tukang kebun.

Sehinggalah pada suatu tengah hari, cuaca waktu itu sangat panas dan matahari pula sangat terik. Kami berbaris dalam dua barisan, hemat dan cermat meniti langkah dengan perlahan-lahan menuruni anak-anak tangga. Tiba-tiba saya dapat rasakan beg sekolah yang sedang saya kendong itu ditarik dari belakang kemudian dilepaskan dengan cepatnya. Beban yang saya pikul serta-merta bertambah, bagaikan pemalar graviti pada waktu itu tidak lagi 9.807 kgf.

Pertama kali, saya membiarkan. Kedua kali, saya cuba tidak menghiraukan. Tetapi apabila masuk yang ketiga kalinya, maka saya terpaksa peduli. Lalu saya berpaling dan menerjah Raju yang berada di belakang saya pada waktu itu. Raju, saya ingat betul namanya. Saya tolak Raju dengan kuat sampaikan dia terpaksa berundur beberapa langkah.

Raju kembali menerpa saya. Lalu kami bergelut dengan beg sekolah yang sarat dengan buku, tidak sempat kami campakkan ke tepi. Raju melepaskan dua tiga tumbukan menyasarkan ke bahagian rusuk, tetapi saya berjaya elak. Saya balas dengan tendangan kilas dan Raju menepisnya. Saya dan Raju bersemuka, kami saling tarik menarik pada bahagian kolar baju. Kaki kami saling bersilang satu sama lain untuk membentes dan menjatuhkan lawan.

Kemudian kami berguling-guling di atas lantai. Baju yang disisipkan ke dalam seluar terburai semuanya, berkerunyuk dan comot kerana kotoran di lantai telah bertempek ke kemeja kami yang putih. Penghujung perkelahian, kami dileraikan oleh rakan-rakan. Saya ditahan oleh rakan-rakan Melayu dan Raju dipeluk oleh rakan-rakan Indianya.

Esoknya, kami dipanggil masuk ke bilik guru besar. Saya menceritakan segalanya tetapi Raju menafikan tuduhan itu. Akhirnya, kami masing-masing dikenakan sebatan sebanyak 5 kali rotan di telapak tangan sebagai ole-ole dari tuan guru besar.

4 Comments (+add yours?)

  1. tasekM
    Feb 08, 2011 @ 07:14:43

    raju kat mana skarang nih…?
    🙂

    salam singgah.

    .

    Reply

    • budakkilang
      Feb 08, 2011 @ 09:59:10

      Terima kasih sudi datang.

      Tak tahulah mana Raju skang ni. Kalau jumpa mahu ajak dia ngeteh. Ha ha.

      Reply

  2. lina
    Feb 10, 2011 @ 07:54:02

    masa gaduh tu “ching huat” ada ke? tengah bertaruh? hehe

    Reply

    • budakkilang
      Feb 11, 2011 @ 02:51:03

      Masa tu, yang ada cuma Li Ai Lin, gadis cina yang bermata sepet dengan tocang ekor kudanya yang diikat pakai getah cotton merah jambu. Saya pun berkelahi dengan semangat yang lain macam dia punya semangat. Hehe..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: