Lasykar Pelagi- Andrea Hirata

Kenangan adalah sihir yang paling mujarab untuk mengukir senyuman di bibir kita. Tidak kira ia pahit seperti pekatnya hempedu ataupun cair yang selalu mengalir semanis gula, ia akan melekat terus melekat dan terakam dalam kotak memori lalu kita akan mengendongnya meniti jambatan usia, bagaikan daunan Devil’s Ivy yang menitip di sepanjang batang pohon Ketapang, melilit-lilitnya sampai ke atas. Begitulah kenangan.

Andrea Hirata menggarap Lasykar Pelangi dengan pengalaman mahal semasa usia ciliknya. Memori-memori indahnya di Sekolah Muhammadiyah yang tua, miskin dan terpencil menemukannya dengan pelangi persahabatan lalu membentuk chronicle Lasykar Pelangi yang pelbagai karakter di bawah rimbunan pohon filicium. Penulis sendiri ialah Ikal bersama teman-temannya Lintang yang supergenius, Mahar yang berjiwa artistik bersama pengikut setianya A Kiong, Samson yang bertubuh besar tetapi pendek akal, Sahara yang berjilbab satu-satunya puteri dan penyeri , Trapani yang selalu bagaikan belangkas bersama ibunya, Harun yang asik dengan cerita kucingnya yang berbelang tiga di kaki, Syahadan yang selalu terpinggir dan Kucai ketua kelas yang tidak pernah terlepas jawatannya dari darjah satu sampai ke kelas menengah.

Soldadu-soldadu kecil ini akan bertenggek di dahan filicium selepas hujan ataupun gerimis untuk melihat keajaiban pelangi yang berlapis tujuh warnanya sebagaimana berlapis semangat dan cita-cita mereka. Kadang kala kisahnya saya rasakan meleret-leret, diselang selikan pula dengan cerita latarnya Pulau Belitong, tentang PN Timah, Tuk Bayan Tula serta pelbagai lagi sub-topik menjadikan bacaan ini bergerak lambat, kadang kala menarik dan kadang kala kurang pula keghairahannya tetapi membuak-buakkan perasaan untuk mengetahui penghujungnya.

Ternyata, buku ini subur dengan metafora. Bagaimanakah hendak mengatakan dengan jujur kita dapat menghayati kata-katanya yang subur pada setiap butir askarany?. Di satu ketika, metafora yang berlebihan ini bertukar memuputkan angin-angin bosan dan jemu, sampaikan bisa tertidur dengan buku yang terkangkang menutupi muka membawa ke alam mimpi Lasykar Pelangi di puncak Gunung Selumar, menguak air paya Sungai Buta lalu berjumpa Bodenga dengan buaya gergasinya! Namun bila terbingkas bangun kita akan membacanya semula. Kecanduan seperti apakah ini?

6 Comments (+add yours?)

  1. yen
    Jan 17, 2011 @ 00:59:03

    saya suka filemnya.sangat bagusss!i bet the book must even better =)

    p/s: kecanduan!hehe comel.keganjaan ada?

    Reply

    • budakkilang
      Jan 18, 2011 @ 01:21:48

      Belum tonton lagi filemnya. If Yen said the movie is great i must put the movie in my wacthlist..harap-harap tak banyak adegan cut san cut sini..ahaks..

      p/ss: pssttt…slow-slow..nanti ada orang dengar…=p

      Reply

  2. Al Ghazali Sulaiman
    Jan 23, 2011 @ 13:44:21

    Kalau sdr sudah membaca novelnya, jangan terkejut sesudah menonton filemnya kelak. Memang, tak semua adaptasi novel ke filem sempurna – tetapi secara peribadi; saya tak begitu sukakan filemnya.

    Kalau Lintang dalam novel dipaparkan sebagai ‘genius gila’, tetapi kepandaiannya tak begitu tertonjol dalam filem. Mungkin atas faktor bajet atau apa, saya merasakan seperti naratif filemnya dibuat secara ‘malas’. Tetapi satu perkara yang WAJIB dipuji tentang filemnya – sinematografinya sangat cantik!

    Reply

    • budakkilang
      Jan 24, 2011 @ 11:22:06

      Terima kasih saudara atas ulasannya, inilah yang membuatkan saya culas mahu menonton filem yang diadaptasikan dari sesebuah novel.
      Keindahan tulisan yang kita bayangkan selalu tidak seiring dengan visualnya, jalan ceritanya pula tidak sampai dan selalu terpotong-potong. Pada saya, kalau filem itu merosakkan naratif novel tersebut, sepatutnya ia tidak difilem kan, kerana orang yang menonton filemnya akan hilang berahi pula untuk membaca novel itu.

      Reply

  3. lina
    Jan 26, 2011 @ 02:45:36

    filemnya baik sebagaimana karakternya sebagai filem. bukunya baik sebagaimana karakternya sebagai buku. ada beberapa adegan yang tak mungkin dibuat dengan baik jika di layarkan. maka perubahan yang dibuat dalam filem, adalah kerana kebijaksanaan lakon layar dan pengarahnya- Riri Reza.

    Harus diterima, tulisan andrea adalah campuran realiti dan imaginasi, maka jika disembahkan dilayar segala macam imaginasi berlebihan andrea seperti kisah tuk bayan dukun, maka filemnya tidak akan lebih dari filem yang caca marba imaginasi realiti yang tidak solid.

    demikianlah pendapat saya, sebagai persediaan untuk awak sebelum menontonnya.

    saya suka buku dan filemnya. kedua2 nya mencipta keagungan yang tersendiri. kecanduan juga saya🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: