Pemikiran Hamka

Kata A. Samad Said, “Kehidupan hanya bererti jika kita sendiri yang mencurahkan luhur makna ke dalamnya.”

Pemikiran Hamka suntingan Prof. Dr Sidek Baba dari Universiti Islam Antarabangsa ini mengenangkan kita tentang kehilangan seorang tokoh di alam Melayu. Bagi saya, seorang tokoh yang benar-benar tokoh tiada taranya ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah.

Naskah ini membincangkan perihal abuya Hamka dari segenap sudut, haruman tinta dalam karya-karyanya, api semangat dalam perjuangannya, rimbun mekar idealogi dan theologi yang tegak bertunjang dalam dirinya dan yang paling hebat sumbangan gergasinya pada alam Melayu untuk kita amnya bangsa Melayu, khususnya negara Indonesia itu sendiri dan khasnya warga muslimin.

Hari ini, pena yang bertintakan penulisannya menjadi banyak sumber rujukan utama terutamanya karangan besar beliau, Tafsir Al-Azhar. Apatah lagi nusantara sememangnya kurang dengan karya-karya tafsir yang ditulis oleh ulama-ulama tempatan. Tafsir Al-Azhar ditulis sewaktu beliau dipenjarakan selama 2 tahun lebih. Istimewanya,Ā  tafsir Hamka telah disempurnakan oleh beliau sendiri, tidak seperti penulis-penulis ternama yang hasil kerja mereka disempurnakan oleh pengikut-pengikut yang setia.

Tentang penerbitan Tafsir Al-Azhar, pada asalnya ditulis dalam 30 jilis dan menyamai bilangan juzuk di dalam Al-Quran. Di dalam satu penerbitan di Singapura yang dicetak dalam 10 jilid edisi padat dengan rumusan lebih daripada 8000 muka surat dan setiap jilid mempunyai lebih daripada 600 muka surat merupakan hasil penulisan terbesar dalam bidang tafsir setakat ini.

Tafsir ini digaris dari banyak sumber namun begitu, sumber dari Imam Al-Ghazali dilihat lebih akrab dengan Hamka. Selain itu, Hamka juga turut menyelitkan keadaan semasa dan menjadikannya sebagai contoh di dalam tafsirnya. Sekaligus beliau berpegang kepada prinsip bahawa “Al-Quran itu adalah sesuai untuk sepanjang zaman”.

Di dalam naskah ini juga turut diselitkan beberapa pandangan dan kajian tentang novel-novel beliau yang mahsyur seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick, Terusir, Merantau Ke Deli, Di Bawah Lindungan Kaabah selain pemikiran-pemikiran lain yang terkandung dalam beberapa cerpen yang pernah dihasilkan sepanjang hayatnya. Jelas, karya-karya yang malar hijau ini subur dengan tema cinta, nasib seorang musafir di perantauan, persoalan harta kekayaan benda-jiwa adalah menjadi peringatan dan renungan buat kita. Mengutip kesimpulannya, sebagai mana tulisan di bawah ini:

Nyatalah, Hamka memang tokoh istimewa yang bersifat multi-dimensi, saterawan-sejarawan, ilmuwan-budayawan dan ulama-pemikir yang terkenal sebagai singa podium dan pahlawan pena.Memang Hamka seorang Indonesia, tetapi lebih daripada itu dia adalah seorang Muslim dan seorang Melayu yang sepanjang hayatnya berjuang demi memartabatkan umat yang serumpun seagama dan serantau sebudaya. (Mengangkat Tamadun Umat dan Tamadun Melayu, 166)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: