Kerepek Muncung (Bahagian 2)

Bahagian 1

Hati Long Zaman masih lagi panas. Mendidih, terbakar dan bergelora kerana mengenangkan Aji Enal yang sengaja menaikkan harga Kerepek Muncung.

“Tak apa Aji, hari ini hari engkau, esok lusa hari aku” kata-kata itu Long Zaman sekadar disebutnya dalam hati.

Sambil berjalan-jalan Long Zaman tersenyum-senyum, mengenangkan dendam entah apa yang akan dibalasnya nanti. Mulutnya pula sibuk terkumat-kamit menguyah kerepek muncung yang pedas.

“Oi, Long Zaman, ape ke hal jalan tersenyum-senyum sorang-sorang?” Jerit Mat Udang dari tepi mesin.

Long Zaman menoleh ke Mat Udang. Mat Udang mengangkat dan melambai-lambaikan tangan kanannya.

Nyaring betul suara Mat Udang. Suara mesin yang bising itu tenggelam dengan jeritnya.

“Singgah la sini kejap” Mat Udang jerit lagi.

Long Zaman pun terkedek-kedeklah menukar arah jalannya menuju ke Mat Udang.

Melihat Long Zaman menuju ke arahnya. Mat Udang pun tersenyum simpul. Senyum yang berselirat makna. Itulah Mat Udang.

“Uh..Long, makan kerepek sedap nampak. Bak le sikit” laju tangan Mat Udang ingin menyauk ke dalam plastik kerepek. Mujur Long Zaman cepat mengelak.

Tangan Mat Udang sekadar menyinggah angin. Mat Udang mencebikkan mukanya.

“Isk, kamu ni. Panggil aku jauh-jauh nak ‘pow’ kerepek aku pulak. Bukan aku tak nak bagi. Nah amik ni” kata Long Zaman lalu mengambil secubit kerepek dalam plastik yang dipegangnya.

“Alah Long, se’ceot’ gini aje?” Mat Udang mengeluh bila kerepek yang secubit itu jatuh di atas telapak tangan yang ditadahnya.

“Jadilah tu” Long Zaman meninggalkan Mat Udang.

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: