Hujan pagi

Paginya saya membangkitkan diri seperti biasa untuk menikmati juadah sahur yang tidak seberapa.

Menghabiskan sup daging waktu berbuka tadi petang yang dipanaskan semula dan air sirap bandung yang juga baki berbuka tadi petang. Cuma saya simpan dalam kotak peti sejuk.

Selesai dan saya ketiduran. Antara sedar dan tidak, saya dengar bunyi hujan yang rintik-rintik turun.
Sehingga saya terjaga kembali. Masih juga hujan.

Saya kemas-kemaskan diri. Masih juga hujan.

Sehingga saya keluar mengunci rumah. Masih juga hujan.

Hujan pagi, cuaca mendung dengan awan kelabu. Sinar matahari langsung tidak berpeluang mencelah-celah menyinari.

Saya tadahkan telapak tangan dari bawah bumbung. Ingin merasakan derasnya hujan yang turun pagi ini. “hmm..bolehlah ni” saya kata dalam hati.

Saya sarungkan baju hujan. Saya senyum memandang motorsikal yang dari tadi berderum bunyi enjinnya.

“Dah lama dah..”

2 Comments (+add yours?)

  1. Cik Yen
    Aug 20, 2010 @ 09:31:18

    p/s : pesanan tak berkaitan post.dah cekidout http://puisipendek.blogspot.com? i think u shud be one of the ‘jurutera kata2’ dia🙂

    Reply

  2. budakkilang
    May 13, 2011 @ 21:25:22

    Haha..baru perasan komen..XD. Thx Yen..:)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: