Ooo…

“Semua pergi kantin ni apahal? Baru pukul berapa?” Bos saya bersuara tegas kepada kami sekumpulan yang berjalan sebaris melintang macam cerita “Young And Dangerous”.

Ingatkan bos saya seorang gugup. Tak berani tegur biarpun kami ini ramai. Rupanya kami tersilap buat andaian.
Kami berhenti. Tegak berdiri. Serbaris melintang panjang.
Masing-masing muka tunduk dengan tangan bersilang menutup bahagian kemaluan. Macam benteng pertahanan buat barisan untuk “free kick”.

“Siapa ada dalam lab?” Soalan bos rambang tetapi mata bos memandang ke arah Joe.
Saya memandang tanah dan berhimpit-himpit cuba menyembunyikan diri.
“aaa..Mat Sembilan ada bos” Joe jawab tergagap-gagap. Harap berat saja 0.1 tan.
“Mat Sembilan?” bos berfikir panjang. Sebelum akhirnya berkata ooo…
“Pergi cepat sikit” bos bertoleransi.

Dalam perjalanan ke kantin.

“Siapa Joe Mat Sembilan?” Tanya saya kepada Joe. Tak pernah dengar namanya sebelum ini.
“Tu budak baru. Mohd Nain” Joe bilang acuh tak acuh.
Ooo …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: