Sepetang di Ba’zar

“Sing-gah kak, sing-gah bang, sing-gah dik, sing-gahhhhh…” panjang laung abang bertopi askar sambil mengipas-kipas ayam percik yang sedang dibakar.

Abang bertopi askar ambil batang serai yang dijadikan perenjis. Dicelupkan dalam botol yang berminyak. Kemudian abang yang bertopi askar itu renjiskan ke atas ayam-ayam yang dibakarnya. Asap semakin beruap-ruap menusuk ke rongga hidung. Kadang-kadang api yang kecil naik menjulang-julang.

“Haaa..kakak-kakak, abang-abang, adik-adik..”

“Tanam pinang rapat-rapat, biarkan puyuh senang berlari, tempat lain memang tak dapat, sini yang asli, sini yang ori..” jerit abang yang menjual kebab majidee. Tangannya laju mecincang daging kebab yang digoreng atas kuali leper. Lalu disumbatkan dalam roti kebab yang boleh tahan tebal tak berapa nipis.

“Tak kenal maka tak cinta, tak rasa maka tak tahu”

Dalam sibuk-sibuk mencedok dan mengikat air, akak yang menjual air tebu bersama suaminya sempat cuba melariskan jualan. Sang suami sibuk memesin batang-batang tebu. Air tebu asli tak tambah gula dan air batu memang sekejap laku.

“Cakap banyak tak guna, tembak tak kena, bom tak meletup, kapal selam tak tenggelam kak, kasi try satu kali, esok mesti datang lagi..” Dialog panjang tapi laju disebut dalam senafas, abang yang jual nasi ambeng tak putus asa memikat orang yang lalu lalang.

“Maghi kak, abe-abe, nasi kerabu lauk bole pilih deh” kali ini dielak pantai timur kedengaran sayup-sayup. Dari jauh gerainya sesak dengan pembeli yang sedang berkerumun.

Saya toleh bungkusan di tangan. Plastik yang pelbagai warna penuh sebelah tangan. Ayam percik, kebab daging, air tebu dan nasi ambeng.

Cukuplah kata hati saya.

4 Comments (+add yours?)

  1. elmo blurb blurb
    Aug 15, 2010 @ 14:48:11

    dah macam pesta pantun. ahaks!

    Reply

  2. budakkilang
    Aug 15, 2010 @ 15:08:11

    hah hah…
    itu yang manriknya bazar..

    Reply

  3. fndrocka
    Aug 18, 2010 @ 07:46:17

    diorang main jampi

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: