Safety Officer: Antara duty dan responsibility

Kalam menarik sedutan yag terakhir. Asap itu disedutnya dalam-dalam. Kemudian dihembuskannya. Pekat. Likat.
Putung rokok yang masih berbara Kalam jentik entah ke mana. Kemudian Kalam melangkah keluar dari bilik itu masuk ke tempat kerjanya kembali. Di bibirnya terkuntum senyum yang ceria.

Selang 5 minit.

Api! Api! Api!..
Jeritan bergema dalam kawasan kerja. Suasana jadi riuh. Kalam yang baru hendak melanjutkan kerjanya jadi terbantut.
Api! Api! Api!..
Jeritan semakin jelas dengan suara-suara bimbang yang terpekik lolong cemas. Suasana semakin riuh. Pekerja-pekerja asing sudah mula berkeliaran lari.
Kelihatannya asap mula keluar dari sample room. Membuak-buak. Nyatalah kebakaran bermula di situ.

Kalam berdiri kejung. Matanya terbeliak melihat asap-asap yang keluar dari sample room. Suasana riuh-rendah dan kelam kabut yang sedang berlaku seolah-olah tidak didengar telinganya.
“Celaka..celaka..celaka” gumam Kalam dalam hati. Takut, berdebar dan perasaan dipersalahkan.
Seingat Kalam dia manusia yang paling akhir masuk ke sample room. Paling akhir juga yang Kalam buat di dalam sana ialah ketika dia mencampakkan putung rokok yang masih berbara. Kemudian keluar menutup pintu.
Masih terbayang di anak mata.

Kalam tekad, berani buat berani tanggung. Berani menjual berani membeli, berani pegang berani ganti.
Kalam turutkan hati yang geram, hilangkan yang takut tingalkan yang berani. Begitu Kalam berprinsip.
Lekas Kalam capaikan pemadam api. Dengan segera Kalam meluru ke arah pintu sample room. Ketika orang lain cuba menjarakkan diri seberapa jauh yang boleh, disebabkan kepanasan api yang menggila marak. Kalam pula semakin dekat.

Bila melihat Kalam yang semakin rapat dengan punca api, maka kawan-kawan sekerja yang turut sama membantu untuk memadamkan kebakaran menjadi risau.
“Kalam, jangan rapat sangat! Bahaya!” Jerit Rahim Jadah.
“Belakang sikit Kalam, nanti meletup sia-sia” Man belon sudah menarik-narik tangan Kalam.
“Kalam, sabar, sabar” Nan Cina menahan Kalam yang laju meluru sambil di tangannya membawa se-tong pemadam api berwarna merah 5 liter.
Tapi Kalam tetap berdegil, keras kepala. Biarpun bahang panas semakin terasa kuat, dan api pula semakin marak, Kalam jadi semakin berani bertindak.

Bukanlah dia mahu menjadi wira dalam situasi cemas begini.
Bukanlah dia mahu menunjuk berani dan hebat ketika ini.
“Semua ini berpunca dari aku, berani buat berani tanggung. Berani menjual berani membeli, berani pegang berani ganti” deras Kalam ucapkan dalam hati.
Masih terbayang di depan mata.Putung rokok yang masih berbara dicampak Kalam.

Sampai di depan pintu sample room, Kalam pecahkan pintu itu dengan tong pemadam api.
Api menjulang-julang keluar dari ruang pintu yang dipecahkan. Ibaratnya seperti kuku sang helang raksasa yang sedang menyambar-nyambar.
Kalam mengelak-ngelak hujung lidah api yang menggila.
Bahang yang panas ternyata membuatkan kulit Kalam kemerahan terbakar. Matanya pedih, kerongkongnya perit. Sepertinya Kalam sudah tidak tahan.
Kalam menarik pin pemadam api, hujung corongnya Kalam halakan ke punca api yang menyala.

“Kalam…..nanti!” Bagai terdengar ada orang yang menjerit namanya. Kalam toleh ke arah suara itu.
Rupa-rupanya suara Zambri yang sedang menjerit-jerit. Di tangan Zambri ada juga se-tong pemadam api.
“Terima kasih Zamb, sudi juga kau datang membantu” Kalam hanya mengucapkan di dalam hati. Wajahnya sayu melihat Zambri yang bersungguh-sungguh lari ke arahnya.
“Nanti Kalam… Nanti!!!!” Jerit Zambri kepada Kalam.

Kalam picit pemadam api lalu ia pun memuntahkan isinya.
Api bertambah jadi marak. Lidah api semakin galak menyambar-nyambar.
Salahkan Safety Officer kerana tidak ajar kesesuaian pemadam api dengan punca kebakaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: