Perihal jiran tetangga

Jarang balik kampung sehingga jiran sebelah pun saya tidak berapa kenal. Maklumlah anak perantauan. Masanya terbatas mencari rezeki yang sesuap di luar daerahnya sendiri. Lagipula keluarga baru setahun berhijrah ke sini.
Sekali-sekala pulang ke kampung halaman, jiran tetangga hanya disapa dengan senyuman mesra. Hendak ditegur lebih tidak tahu nama.
Malamnya saya keluar mencari angin. Adik yang bongsu ikut sekali. Cuma di luar rumah saja.

“Adik, ni rumah siapa?” saya menunjukkan rumah yang sebaris dengan rumah kami, cuma letaknya di corner lot.
“Rumah Rais” Si bongsu menjawab.
“Owh”.
“Rais tu anak ke bapak dia?” Soal saya lagi.
“Anak dialah” si bongsu memandang wajah saya.
“Ayah dia nama siapa?”
“Entah, tapi ayah Rais kerja drebar” si bongsu sudah duduk mencangkung. Tangannya dimasukkan ke dalam baju. Mungkin kesejukan kerana angin malam.

“Sebelah rumah Rais?”
“Rumah pakcik Zul, ada jual aiskrim Malaysia” si bongsu tersengih.
“Berapa satu?”
“10 sen. Abang nak beli eh?” Si kecil menduga saya.
Saya cuma tersenyum.

“Sebelah rumah kita? Rumah auntie India tu?” Saya menyoal lagi.
“Owh, tu rumah auntie Devi, anaknya nama Reshvi” si bongsu menjawab sambil menguap.
“Dah lah, jom masuk” Saya mengajak si bongsu masuk ke rumah. Si bongsu cuma menurut. Esoknya saya fikir mahu menegur dengan autie Devi atau pakcik Zul dulu.

2 Comments (+add yours?)

  1. semut api
    Aug 13, 2010 @ 04:20:56

    Salam ramadhan bro…

    gua tegur lu dulu…🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: