Si bongsu

Hujung minggu yang sudah Imran sedikit gembira. Dapat berjalan-jalan jauh. Dari Seremban ke Ipoh untuk menghadiri majlis konvokesyen kakaknya yang sulung. Pakaian Imran hari itu pun sedikit kemas. Berseluar slack warna cream dan bert-shirt kolar.

Sayangnya bila tiba di dewan konvokesyen, ahli keluarga tidak dibenarkan masuk ke dewan utama. Puncanya, dewan utamanya yang kecil dan bilangan tempat duduk yang terhad. Ayah Imran menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak faham.

Maka ramailah ahli-ahli keluarga yang mengeluh. Datang dari jauh, tapi tak dapat masuk. Namun begitu pihak urusetia menyediakan dua layar skrin bersaiz sederhana yang ditembak projektor di luar dewan utama. Dan acara konvokesyen dapat disaksikan di luar dewan sahaja.

Namun Imran tidaklah menghiraukan sangat acara di dalam dewan utama. Masa Imran banyak dihabiskan berjalan-jalan di tapak pesta konvokesyen. Agaknya Imran teruja kerana kali pertama berada di tapak pesta. Sedang Imran berjalan-jalan melintas sebuah meja yang menjual minuman. Tiba-tiba ada seorang budak perempuan comel menghalang laluan Imran.

“Upin Ipin” cakap budak itu sambil tersenyum.

Imran tidak menoleh ke muka budak perempuan itu. Imran memandang kiri dan kanan seperti tercari-cari seseorang.

“Upin Ipin” kali ini suara budak perempuan itu keras sedikit.

Imran masih juga tidak mempedulikannya. Namun wajah Imran sudah sedikit berubah.

“Adik, janganlah berdiri depan abang tu. Malu abang tu. Meh sini kat ibu” Ujar seorang wanita sambil menarik-narik tangan budak perempuan tadi. Namun budak perempuan itu tetap tidak berganjak.

“Upin Ipin” katanya lagi sambil wanita yang menarik tangannya itu sudah mengangkat dan mendukungnya. Segera Imran berlari pantas mendapatkan ibunya juga.

Kalau pakai baju Ben-10 agaknya macam mana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: