PATI Break

Rahman Malek berjalan mundar-mandir di balik tiang-tiang yang berjerigi itu. Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu.Rauf yang sekamar dengan Rahman Malek pula sedang duduk di birai katil dengan kedua-dua belah tapak tangannya diruapkan ke muka.Rauf juga seperti memikirkan sesuatu. Bezanya Rauf dilihat lebih kusut berbanding Rahman Malek.

“Ini kerja gila Malek” tiba-tiba Rauf membentak perlahan. Agar suaranya tidak didengar oleh pengawal yang sedang bertugas.

“Aku tahu, Rauf. Sekurang-kurangnya kita cuba. Apa kau mahu hidup di balik tembok ini kemudian dihantar pulang? Berapa banyak wang yang sudah kita belanjakan untuk ke sini? Aku tidak mahu itu sia-sia. Kau fikir itu Rauf!” Rahman Malek menempelak Rauf kembali.

Dia tahu, Rauf diselubungi oleh perasaan takut. Sebab itu Rauf seperti bersifat tidak yakin. Walaubagaimanpun Rahman Malek mesti meyakinkan Rauf yang perancangannya kali ini mesti berjaya. Dia tidak sanggup meninggalkan Rauf seorang diri di sini.

Rahman Malek telah menganggap Rauf seperti saudara kandungnya. Mereka berasal dari kampung yang sama. Mereka berdua berkelana untuk membantu keluarga masing-masing yang entah bagaimana keadaannya Ged-Baladh. Entah makan atau tidak. Entah hidup atau mati. Sayangnya mereka tertangkap dan dihumbankan ke sini sementara menunggu untuk di hantar pulang.

“Rauf, yakinlah. InsyaAllah kita akan berjaya” Rahman Malek menunduk di depan Rauf. Tangan Rauf digenggamnya erat.

Rauf merasakan seperti mendapat kekuatan yang baru. Genggaman Rahman Malek dibalasnya. Rauf pun tersenyum.
Malam itu Rahman Malek, Rauf dan beberapa orang pemuda Afghan dan Myanmar berkumpul di suatu sudut selepas selesai makan malam.

“Malam ini, tepat jam 3.00 pagi kita akan beroperasi” kata Rahman Malek perlahan. Jarinya menunjukkan isyarat tiga.
Kesemua mereka mengangguk perlahan. Bagi Rahman Malek, pelannya dianggap sempurna. Kawasan ini tidak seketat mana kawalannya. Tidak sia-sia dia menonton siri Prison Break sebulan sebelum dia berangkat dari Ged-baladh.

Sejak dari itu Rahman Malek mengagung-agungkan Micheal Scotfield sebagai idola.

Cumanya disini dia belum berkesempatan berjumpa dengan doktor seperti Sara Tancredi.

…………………………………………………………………………………………………………………….

Esoknya cerita Rahman Malek dan kumpulannya menggegarkan Malaysia.

“20 PATI warga Afghanistan lari”

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.html

Entah dimana Rahman Malek dan Rauf sekarang ini? Barangkali sudah menyamar sebagai pekerja kebun di sebesar-besar ladang-ladang sawit sekitar Sepang.

Barangkali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: