Ayah saya kerja Kastam tau!!!

Ketika saya sedang membuka fail dokumen-dokumen lama dengan tujuan untuk menyusun dan memfailkan semula dokumen-dokumen tersebut, tiba-tiba ada sehelai kertas bersaiz sederhana terjatuh di kaki saya.

Saya letakkan kembali semua dokumen yang saya pegang waktu itu lalu saya tunduk dan mengutip kertas tersebut.

Ternyata kertas tersebut ialah sijil berhenti sekolah rendah saya. Sijilnya sudah kekuningan dimakan waktu, namun tulisannya masih lagi pekat berdakwat hitam.

Seolah-olah warna hitam dakwat itu tidak luntur. Seolah-olah juga baru semalam Cikgu Fatimah menuliskan sijil itu untuk saya.

Saya teliti sijil tersebut dan tiba-tiba saya tersenyum.

Saya masih ingat lagi. Dan saya tidak akan melupakannya. Waktu itu tahun 1993, tahun monyet dalam kalendar Cina. Kisahnya berlaku di dalam sebuah bilik darjah yang terletak di dalam sebuah bangunan sekolah di tingkat tiga.

Bilik darjah itu yang kedua dari penjuru sebelah kanan bangunan. Waktu itu tempat duduk saya di bahagian kanan paling belakang kelas.

Betul-betul bersebelahan dengan pintu keluar belakang. Dengan menghulurkan tangan sahaja, rasanya saya sudah melanggar sempadan bilik darjah dengan luar kelas.

Dan dengan beberapa langkah kecil seterusnya akan berjumpa dengan tangga. Samada untuk turun atau naik. Datang atau balik.

Biasanya saya akan hadir ke sekolah setengah jam lebih awal. Atau satu jam. Saya jarang-jarang lewat mahupun terlambat. Cikgu kelas pun tahu itu.

Semasa di dalam bilik darjah, mata saya selalu mengerling ke arah seorang budak perempuan ini. Bukan mengerling sebenarnya, kalau mengerling itu maksudnya menjeling atau mencuri-curi pandang.

Lebih jujur saya katakan saya selalu memandang ke arahnya. Oleh sebab kedudukan saya yang berada di bahagian paling belakang kelas, maka saya selalulah memandang dia dari arah belakang.

Dan perkara ini tidaklah diperasankan oleh budak perempuan itu, guru-guru yang mengajar, waima rakan yang duduk disebelah saya sekalipun.

Budak perempuan ini merupakan salah seorang pengawas di dalam kelas juga di sekolah. Akademik dan belajarnya cemerlang, aktiviti berpersatuannya gemilang. Kalau tidak masakan dia boleh menjadi juara pantun peringkat negeri dan mewakili sekolah dalam pertandingan melukis “Esso” di kampung Melayu.

Namun begitu, saya masih kenangkan lagi sewaktu kelas bahasa inggeris. Dia gagal mengeja lengkap perkataan Vegetable’.

Dan setiap kali dia mengeja dan selepas habis mengeja teacher akan berkata wrong, wrong dan wrong. Selagi teacher berkata wrong, selama itu dia kena berdiri.

Lalu waktu itu pertama kalinya saya menjadi seorang yang volunteer bila teacher meminta seseorang untuk membantu.

Saya bangun dan mengeja perkataan ‘Vegetable’. Lancar dan yakin. Teacher memuji dengan berkata good.

Lalu teacher meminta dia mengulang eja dan dia mengulang eja perkataan ‘Vegetable’ seperti saya. Teacher juga memuji good kepada dia dan menyuruh kami duduk.

Dia sempat memandang saya dengan wajah sedikit masam sebelum duduk dan kemudian dia menghadapkan wajahnya ke papan hitam.

Saya jadi tertanya-tanya waktu itu. Adakah saya sudah mengguris perasaannya? Apakah menjadi kesalahan kerana saya cuba memperbetulkan ejaannya?

Kalaulah dahulu ada pertandingan “Spell It Right Challange”.Sekurang-kurangnya kertas lama yang sudah kekusaman kuning ini akan mencatitkan yang saya ini pernah mewakili sekolah suatu masa dulu.

Ya. Sekurang-kurangnya.

9 Comments (+add yours?)

  1. Zade
    Jul 30, 2010 @ 10:47:41

    Kisah ni menarik…tapi apa kena-mengena dengan tajuk tu? Patik kurang paham. Heh.

    Reply

  2. budakkilang
    Jul 30, 2010 @ 11:08:28

    Dulu ada seorang mamat kacau budak perempuan ni.. lalu dia menngugut dan menjerit kepada mamat tersebut.

    “Kalau awak kacau kita lagi, kita suruh ayah kita tangkap awak, ayah kita kerja kastam tau!!”

    Reply

  3. Cik Yen
    Jul 30, 2010 @ 11:20:08

    “ayah awak kerja kastam?”

    nak beli mercun boleh?puasa dah nak dekat ni.hehe

    Reply

  4. budakkilang
    Jul 30, 2010 @ 11:25:06

    haishh…ayah budak tu la cik Yen..
    saya kerja lain-lain pangkat aje.. keh keh..

    Reply

  5. Cik Yen
    Jul 30, 2010 @ 14:42:48

    haha okay lah.ayah kita askar pencen tau!ha takut tak..takut tak

    Reply

  6. MARSLI N.O
    Jul 30, 2010 @ 23:03:09

    Kalau diolah ganti nama watak dari saya atau aku kepda nama, kemudian dilanjutkan bab demi bab, tilusan Sdr bisa hidup sebagai novel.

    Rancanglah elok-elok. Dan selamat menulis novel.

    MARSLI N.O

    Reply

  7. razman
    Jul 31, 2010 @ 12:29:42

    baca komen baru paham entri dgn tajuk. gaya cte sempoi..bes.

    Reply

  8. cha.R
    Aug 09, 2010 @ 09:17:30

    ayah saya juga seorang pekerja kastam!!

    Reply

    • budakkilang
      Aug 09, 2010 @ 09:28:47

      hah hah.. saya ingat dia kamu, rupanya bukan. Nama saja hampir serupa…=) selamat menyambut PMR…

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: