Kontest Hanis Dan Mira Terlambat Pergi Exam

8.00 pagi – Di dewan peperiksaan.

Para pelajar sudah mulai dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. Masing-masing masuk dengan langkah yang berdebar-debar. Mereka dibenarkan duduk di mana-mana kerusi yang telah disediakan. Pintu masuk yang sesak pada awalnya kini telah kosong. Seorang pembantu peperiksaan menutup pintu utama dewan peperiksaan tersebut. Di atas setiap meja sudah disediakan kertas kajang bersaiz A4 sebanyak dua helai.

Para pelajar sekarang ini hanya menantikan kertas soalan yang akan diedarkan oleh Prof. Wan dan dua orang pembantunya. Dewan peperiksaan masih berdengung dengan bisik-bisik para pelajar.

“Zzzz..zzz..zzz” bunyi garau suara mikrofon bergema di dalam dewan.

“Diharap anda semua dapat diam untuk seketika” Prof Wan melontarkan suaranya melalui mikrofon yang dipegang lalu dihantar ke corong-corong pembesar suara yang ada di setiap pepenjuru dewan. Gema suaranya memantul dalam gegendang-gegendang telinga setiap insan yang ada di dalam dewan waktu itu.

Suasana menjadi hening dan sepi. “Terima kasih” suara Prof Wan memecahkan kesunyian dewan.

8.03 pagi – Dewan Peperiksaan.

Prof Wan dan para pembantunya sudah mulai mengedarkan kertas-kertas soalan.
“Sesiapa yang saya dapati membuka dan membaca kertas soalan tanpa arahan akan saya halau keluar dewan. Anda akan digagalkan!” Suara halus Prof Wan bertanda amaran mengecutkan hati pelajar-pelajar di dalam dewan.
Masing-masing hanya membiarkan kertas soalan di atas meja tanpa menyentuh apatah lagi kalau cuba mencuri-curi baca dan menyelaknya.

8.03 pagi – Bilik hostel Hanis dan Mira

Mira masih lagi terkocoh-kocoh menyiapkan diri. Baju kurung yang dipakainya berkerunyuk tanpa sempat digosok. Mira membetulkan tudung yang sedang disarung. Disilangkan bucu tudung ke kiri bahu dan dipinkan dengan kerongsang bunga perak.

“Aduh!” Mira separuh menjerit. Jarum kerongsang bunga perak tercucuk di hujung jari telunjuk Mira.
Darah setitis mula mengembang. Cepat-cepat jari telunjuk itu disuakan ke mulut. Dikacipnya perlahan. Luka kecil itu pun berhenti berdarah.

Hanis pula masih di dalam selimut. Sebenarnya mata Hanis sudah tercelik sedari Mira mula membangunkan dia pagi tadi. Namun Hanis berpura-pura mengantuk dan tidur.Hanis sudah nekad. Dia berserah sahaja. Memang dalam hati Hanis dia mahu mengulang subjek ini. Lagi pula ‘carry mark’nya tidak berapa bagus. Kalau peperiksaan ini lulus atau dijawabnya cemerlang sekalipun, grednya hanya paras-paras hidung.

8.05 pagi – Dewan Peperiksaan

“Baiklah, anda boleh buka kertas soalan. Kertas soalan ini mengandungi 5 muka surat bercetak dan satu muka surat tidak bercetak” Ujar Prof Wan yang berdiri di bahagian depan dewan peperiksaan, dia mula membenarkan para pelajar memeriksa kertas soalan masing-masing.

“Pastikan anda mendapat kertas soalan yang betul” tambahnya lagi.

Para pelajar masih menyemak-nyemak kertas soalan masing-masing. Bunyi-bunyi kertas diselak memenuhi ruang dewan.

“Jika tiada apa-apa kemusykilan, anda boleh menjawab se…”
“Prappp…” Bunyi mikrofon jatuh ke tanah. Pembesar suara mula mendengung kuat.

Suasana di dalam dewan mula menjadi cemas, kecoh dengan suara pelajar-pelajar dan bunyi bingit dari pembesar suara.

8.06 pagi – Di tangga hostel.

Mira menuruni laju tangga hostel. Bilik pintu memang sengaja tidak ditutup kembali sewaktu keluar tadi. Biar Hanis yang bangun menutupnya nanti. Mira mencaci-caci di dalam hati. Sedih pun terbit juga mengenangkan jika dia digagalkan satu subjek ini. Bermakna Mira harus menangguhkan jadual konvokesyennya.

“Tet..tet..”
“Tet..tet..” talifon bimbit mira berbunyi. Ada satu pesanan ringkas masuk.

Mira berhenti sekejap di balkoni tangga. Talifon bimbitnya dikeluarkan dari dalam poket baju baju kurung yang dipakainya.Dia menekan punat ‘unlock’.Di skrin yang bercahaya biru gelap itu tertulis;

“One new message received”.

Mira tekan punat ‘read’. “Prof Wan dikejarkan ke hospital tadi. Peperiksaan bagi subjek yang beliau ajar akan ditangguhkan sehingga diberitahu” – Pusat Maklumat IT Universiti.

Mira bersandar di tembok tangga. Perasaannya keliru antara gembira dan simpati.

Pendahuluannya di sini.

2 Comments (+add yours?)

  1. fndrocka
    Jul 29, 2010 @ 19:58:45

    terima kasih kerana menyokong!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: