2 vs 2

Siti Salha:

Orangnya lembut berhemah, kalau diberi tugas diterimanya dengan mudah. Tapi sebetulnya Siti Salha memang payah menurut. Ibarat kata pepatah, “longgar sendat, lapang bertukul”

Setiap kerja yang diberi kepada Siti Salha kena disusul semula. Jika terlupa, alamatnya memang tidak dibuat, atau dibuatnya separuh, tapi tidak habis sempurna.

Namun kebiasaannya selepas disusul semula barulah akan diberi yang lengkap atau carca merba juga kadang-kala.

Sekembali dari bilik mesyuarat, Cik Rohaya meneliti fail-fail di atas meja. Fail yang mengandungi laporan yang dicarinya tidak ada. Hatinya berbaur geram. Laju Cik Rohaya berjalan ke meja Siti Salha.

“Salha, mana laporan pagi tadi yang saya minta?” soal Cik Rohaya sengaja suaranya dikeraskan sedikit. Cik Rohaya ialah Junior Foreman di atas Siti Salha.

“Owh, ada Cik, nanti jam dua saya serahkan” bijak Siti Salha memberi jawapan. Padahal satu pun belum dibuatnya.

Cik Rohaya tersenyum sinis. Barang yang geram tadi tiba-tiba hilang di kehalusan bahasa. Orang berbudi kita berbahasa. Begitu seadanya.

“Kalau boleh cepat sikit Salha, penting laporan tu sebelum saya serahkan pada Azhar” Cik Rohaya mengingatkan lembut.

Fatimah Azwa:

Orangnya berkaca mata. Kurus dan tinggi lampai. Kalau tak kenal betul, orang akan kata Fatimah Azwa garang dan sombong.

Fatimah Azwa mudah mengelak jika diberi diberi tugas. Tanya nya banyak sebelum mula. Ini untuk apa? Bagaimana? Kenapa? Bila? Menyerahkan tugas kepadanya memang susah dan payah.

Perlu berbalas pantun bagai sebelum Fatimah Azwa terima.

Biarpun Fatimah Azwa cerewet, namun hasil kerjanya bagus. Teliti dan kemas. Selalu dipuji.

“Wa, mana dokumen semalam dengan laporan yang aku mintak semalam?” Pagi-pagi Cik Rohaya Junior Foreman menghangar-bingarkan suasana.

“Eh, kan ada atas meja kau, kau tak periksa ke Rohaya?” Soal Fatimah Azwa. Nampak macam kurang ajar kan? Tapi ia bersulam kemesraan sebetulnya.

Rohaya malu sendiri bila dijawab begitu.

Tapi bila berdepan dengan bos, Fatimah Azwa menjadi lain. Jawapannya lebih tersusun.

“Err..saya rasa dah letak atas meja En. Azhar tadi pagi. Cuba En. Azhar semak sekali lagi” jawab Fatimah Azwa pada suatu pagi bila En. Azhar menanyakan tentang kerja semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: