Adik Ku Sayang

Burn hanya memerhatikan sahaja beberapa orang kanak-kanak kecil yang sedang bertempiaran lari dalam kawasan padang itu. Jumlah mereka kesemuanya lima orang. 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Kanak-kanak itu umur mereka lebih kurang sebaya dengan adik-adik Burn yang masih bersekolah di kampung. Agaknya dalam lingkungan darjah tiga hingga darjah lima. Burn telah dilantik menjadi fasilitator untuk program ‘Adik Ku Sayang ‘yang berlangsung selama 2 hari sejak Sabtu semalam.

Hari ini merupakan hari terakhir program. Ia akan ditamatkan pada jam lima petang nanti. Program ini anjuran Kelab Rakan Sebaya pihak universiti dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kendong Kechil. Selama dua hari, dia berganding bahu dengan Haziah, atau panggilan manjanya Jie di kalangan rakan-rakan kelab. Bersama Jie, Burn ditugaskan untuk mengendalikan satu kumpulan kecil dari beberapa kumpulan yang lain. Kumpulan kanak-kanak yang sedang diperhatikannya berlari-lari tadi itulah kelompok kumpulan Burn.

Kebiasaannya Burn lebih senang jika dilantik sebagai ajk makanan. Tugasnya hanya memasak dan menyediakan makanan. Kemahiran Burn sebagai ajk makanan dan tukang masak memang tidak dapat dinafikan. Masakan Burn acap kali dipuji oleh peserta dan rakan kelab. Masakan yang handal dimasak oleh Burn dan selalu juga menerima isyarat tanda ibu jari ialah “Mee goreng rumput sedap”. Menu ini telah diberi nama oleh rakan-rakan kelab kerana setiap kali menu ini dihidangkan ia akan penuh dengan daun kangkung dan batang-batang taugeh. Sekali pandang memang macam rumput masak mee. Tapi sedap. Cara memasak kangkung dan taugeh itu ada caranya yang tersendiri. Daun kangkung dan taugeh akan digoreng terlebih dahulu dengan belacan sebelum dicampurkan bersama mee di dalam kuali.

Sebenarnya, kalau melibatkan diri dalam aktiviti yang begini rupa, atau aktiviti perkelahan, atau apa pun yang seumpamanya, selalunya perut akan lebih cepat kosong. Perut yang kosong memang semuanya dirasakan sedap bila ditelan apa jua jenis makanan. Berbalik kepada Burn yang kecewa kerana tidak dilantik sebagai ajk makanan untuk program kali ini. Sengaja pengarah program yang juga rakan sekuliah Burn, iaitu Paei meletakkan Burn sebagai seorang fasilitator.

“Paei memang sengaja.” Bisik Burn dalam hati.

Burn terus perhatikan keletah kanak-kanak kecil itu berlari. Jie juga turut sama di dalam kumpulan itu, sepertinya Jie amat seronok melayan kerenah anak-anak sekolah rendah. “Abang Burn, marilah ikut kita orang” jerit salah seorang kanak-kanak perempuan yang berada di dalam kumpulan tersebut sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Burn. Jie juga turut melambaikan tangan ke arahnya.

Burn hanya tersenyum, mengangkat dan melambaikan tangan kembali. Pasif. Anak kecil itu memuncungkan bibir.

“Apalah abang Burn ni, tak sporting langsung” rungut si gadil kecil.
“Tak macam kak Jie, kak Jie seronok” tambahnya sambil tersenyum.

Perbualan jarak jauh itu mungkin tidak dapat didengar Burn.

Burn yang tadinya duduk di bawah pohon ketapang dipinggir padang mula berdiri. Dia berjalan dengan langkah perlahan menuju ke kumpulan itu. Ketika itu Burn melihat Jie dan kumpulan anak-anak kecil bermain “nenek-nenek” seperti dalam cerita Musang Berjanggut arahan P. Ramlee. Jie duduk di tengah-tengah bulatan dikelilingi kumpulan anak-anak kecil tadi. Mata jie ditutup dengan sehelai sapu tangan berwarna biru. Anak-anak kecil tadi berpegangan tangan antara satu sama lain, kemudian berlari-lari mengelilingi Jie sambil bernyanyi. “Nenek, nenek si bongkok tiga, siang malam asik berjaga. Mencari cucu di mana ada. Nenek ku kahwin dengan anak raja”. Menyanyi beramai. Serentak itu mereka meleraikan ikatan tangan dan berkeliaran lari disekitar Jie. Jie pun membalas nyanyian anak-anak kecil tadi.

“Cucu, cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti. Sekarang nenek nak cari ganti. Siapa kena, dia yang jadi.”

Burn semakin rapat dengan kumpulan anak-anak kecil tadi. Selang 5 kaki dari mereka, Burn melabuhkan punggungnya di atas rerumput padang. Tangannya ditiangkan ke belakang badan, seperti bersandar pada angin. Kaki Burn lurus bersilang.

“Hi..hi..hi..hi”

“Hi..hi..hi..hi” Anak-anak kecil itu ketawa halus.

“Hah, jangan lari jauh-jauh ya” Jie mengingatkan mereka. Yalah, padang ini luas, jenuh juga mahu meraba-raba dengan mata tertutup.

“Kak Jie, sinilah” panggil seorang budak lelaki berkaca mata. Burn terlupa namanya. Tapi yang sebetulnya Burn memang tidak ingat satu nama pun dikalangan budak-budak dari kumpulannya. Budak itu duduk tercangkung sambil mengangkat tinggi tangannya. Jie yang mendengar suara budak lelaki itu segera menukar arah. Jie meraba-raba ke arah suara budak lelaki tadi.

“Hi..hi..hi..hi”

“Hi..hi..hi..hi” Dia ketawa. Bila Jie menghampir dia pantas bangun dan melarikan diri.

“Kak Jie, sinilah, sini” Burn terdengar ada suara budak perempuan di belakangnya.

Burn menoleh ke belakang. Seorang gadis kecil menyorok di belakang Burn. Tiba-tiba datang lagi seorang gadis kecil, dia juga ikut menyorok di belakang budak perempuan yang pertama tadi.

“Sini kak Jie, sini”

“Hi..hi..hi..hi..” Mereka berdua ketawa bersama.

Tiba-tiba datang lagi yang yang lain. Mereka semua berbaris di belakang Burn

.
“Kak Jie, sini..sinilah” masing-masing memanggil nama Jie. Jie terus mengubah arah pencariannya.

“Oh, kamu semua pakat satu group ya! Jaga kamu” Jie semacam tidak puas hati. Jie terus meraba-raba laju ke arah kumpulan suara kanak-kanak kecil itu.

Burn menoleh ke depan. Kelihatan Jie hampir dua tiga langkah di depan. Burn jadi kaget.

“Eh..Jie..” Belum sempat Burn membuka mulut.

“Papp..” Jie yang melangkah laju tersepak hujung kaki Burn yang terbunjur. Betul-betul Jie jatuh di atas badan Burn.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: