Kenapa Lepas Makan Kita Perlu Basuh Pinggan

Jam tiga petang selepas 10 minit tadi, Anil pulang ke rumah. Sampai di depan pintu diseluknya poket kiri dan kanan. Mencari anak kunci rumah yang di ‘key chain’kan sekali dengan kunci motor dan solek motor.

Sesudah kunci bertemu dengan mangga, kunci dipusingkan ke arah lawan jam. Yang jadi terkunci kini terbuka. Anil pulas tombol pintu perlahan-lahan. Pintu terkuak sedikit demi sedikit. Ditolaknya kuat sampai terbuka separuh

Dilihatnya Aman dan Furqan masing-masing terbaring dan ketiduran. Aman berbaring di atas sofa panjang. Ada kusyen dihujung kepala dijadikan bantal. Mata Aman terpejam rapat, tangan kanannya tersilang di dahi, manakala tangan kirinya elok terletak di dada. Sebelah kaki Aman lurus, manakala sebelah kaki lagi tertegak dengan lutut yang dibengkokkan.

Kalau ikut kata buku, orang yang tidur macam gaya Aman ialah seorang yang banyak berfikir. Entah.

Furqan pula tidur di atas lantai, seluruh badannya terlungkup dan terbalik. Macam kapal karam. Kusyen yang dijadikan bantal sudah disembamkan wajahnya. Hanya nampak rambut dibelakang kepala saja. Kalau ikut cakap ustaz, gaya tidur Furqan macam tengah berasmara dengan ‘syaitan’. Entah.

Anil buka kasut dan letakkan topi keledar di atas rak kasut, kemudian terus dia ke dapur menuju ke peti sejuk. Anil buka pintu peti sejuk, air putih yang sejuk terisi dalam botol pepsi 1.5 liter terus ditogaknya.

Sedang Anil menogak air putih yang sejuk terisi dalam botol pepsi 1.5 liter matanya terjeling pada tudung saji di atas meja makan. Air putih yang sejuk terisi dalam botol pepsi 1.5 liter sudah suku berkurang. Diletakkan kembali dalam peti sejuk dan Anil tutup pintunya. Dengan dua tiga langkah yang kecil Anil bergerak ke meja makan. Anil buka tudung saji.

Ada bungkusan plastik merah. Didalam bungkusan plastik merah pula ada bungkusan kertas. Ada juga pinggan yang cuma berbekaskan serdak-serdak goreng pisang. Anil memasukkan tangannya ke dalam bungkusan kertas coklat. Diraba-raba di dalam bungkusan itu.

Hampa. Tiba-tiba Anil teringatkan.

18 tahun lalu.

“Mak, kenapa lepas makan kita kena basuh pinggan?” Soal Anil pada ibunya. Waktu itu Anil baru berusia 7 tahun. Ibu Anil hanya tersenyum mendengarkan soalan itu.

“Kenapa Mak?” Anil soal lagi.

“Yelah, lepas makan kita kena basuh pinggan. Kalau tak, nanti orang lain nampak apa yang kita makan tapi makanannya dah habis. Kempunan orang tu. Kesian kan?”

Anil hanya tenung mata ibunya. Tak berapa nak tangkap sangat masa tu.

“Dah, tidurlah” Kata ibu Anil sambil menarik selimut menutup hingga paras dada Anil.

Waktu semasa.

Anil tersenyum kembali. Anil tarik kerusi meja makan dan duduk. Sambil-sambil itu Anil cubit serdak-serdak pisang goreng yang ditinggalkan dengan ibu jari dan jari telunjukknya. Secubit demi secubit Anil taburkan dalam mulut sampai habis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: