Kerepek Muncung

Kalau dilihat secara luarannya sebuah kilang, sebenarnya hanyalah tiada-tiada apa melainkan sebuah bangunan yang berdinding atapkan zink dengan berhiaskan beberapa buah kipas blower yang besar, dan di dalamnya ialah cerita tentang production, kualiti, planning, bunyi mesin yang bising disebabkan sedang beroperasi atau bunyi mesin yang senyap kerana rosak, suasana yang panas atau berhawa dingin,keringat pekerja-pekerja yang berkerja keras demi sesuap rezeki, atau bunyi dengkur pekerja yang lari dari tugasan, forklif-forklif kecil yang ke hulu-hilir membawa barang-barang berat bertan-tan atau barang-barang ringan yang boleh digolek-golek, lori-lori yang masuk menghantar bahan mentah atau lori yang keluar kosong dan boleh juga berisi produk-produk,dan seumpamanya.

Tetapi kalau diteropong dengan lebih dalam, sebenarnya isinya pelbagai. Ceritanya bervariasi, ada motivasi atau putus asa, ada politik, agama dn isu semasa, ada kisah benar dan dongeng yang lagi hebat dari Hikayat Merong Mahawangsa. Tetapi certa hari ini yang ingin dikisahkan ialah cerita urusan jual beli. Tentang sekolompok manusia yang bergelar saudagar di dalam kilang, tentang peniaga-peniaga kecil-kecilan yang menjalankan urusniaga sampingan untuk mencari sekelumit pendapatan tambahan.

Dari sebesar-besar perkara yang diurusniagakan seperti Unit Trust, barangan MLM, air Dr. Sukida, telefon berkamera yang canggih tapi fake dari China, kasut, selipar dan sandal yang murah dan mahal, baju seluar jersey bola yang berwarna warni sehingga ke kecil-kecil perkara seperti top-up prepaid, sticker kereta, rokok tanpa cukai, macam nusantara atau malboro free zon duty, juga jajan-jajan. Semuanya boleh didagangkan dan diperdagangkan. Asalkan dibayar dalam Ringgit Malaysia. Rupiah tidak diterima, Sing dolar lagi suka.

Plat kereta juga ada dan boleh ditempah. Reka bentuknya mengikut arus kreativiti semasa dengan reka bentuk baru plat arclic. Leper tanpa huruf berbonjol-bonjol. Font boleh pilih. Harganya pula dua puluh ringgit murah berbanding kedai.Oh ya! Cup cake pun ada.

Pedagang-pedagangnya juga terdiri daripada mereka yang terlibat dalam pelbagai sektor. Ada berasal dari tukang jalan mesin, inspektor kualiti, pemandu forklift dan juga pekerja-pekerja kontrak tidak terkecuali.

Kojek merupakan salah seorang yang amat aktif dalam urusan jual beli di dalam kilang. Setiap hari paling kurang ialah satu transaksi. Ini belum masuk musim raya. Lagi meriah, kadang-kadang dengan kasut raya, mercun, kuih raya dan segala macam barang raya.

Elak perabot saja yang belum ada penjualnya. Sebab modalnya besar dan barangnya berat. Waktu yang meriah juga apabila ada barang baru sampai dari kapal. Biasanya setahun sekali. Yang menariknya boleh ambil dahulu, bayar selepas dapat gaji. Tapi urusan transaksi Kojek lebih cenderung sebagai seorang pembeli dari seorang peniaga.

Setiap hari jual beli, Kojek lebih cenderung kepada jajan-jajan. Yang menjadi kegemaran Kojek sekarang ini ialah ‘Kerepek Muncung’ yang boleh dikunyah-kunyah dan dicicip-cicip sewaktu menjalankan mesin. Bila mesin berhenti, lagi laju menguyah, lagi cepat habis. Kalau ada jiran dari mesin sebelah yang datang, seperti Mat Udang bertandang ke mesin, sedar tak sedar ketika sembang-sembang sudah habis dua bungkus dalam masa satu jam. Kemudian pergi minum petang.

‘Kerepek Muncung’ sejak satu dua bulan lepas memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain isinya yang rangup, dibungkus dengan kuantiti yang banyak dan harganya semurah satu ringgit. Banyak dan murah itu memang rahsia yang paling umum untuk mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pembeli. Lagi pula pekerja-pekerja kilang memang terdiri dari mereka yang kuat ‘mentekedarah’. Sungguh! Lagi-lagi kalau pekerja muda.

Boleh dikatakan ‘Kerepek Muncung’ ini sudah jadi fenomena. Macam fenomena Blackberry dan I-Phone 3g’s.

Berbalik kepada ‘Kerepek Muncung’, kerepek ini diniagakan oleh seorang anak muda yang digelar ‘Muncung’. Kalau dalam kilang kita ingin berjumpa dengan seseorang lalu kita sebut nama penuhnya, memang susah orang lain nak ingat, tapi kalau disebut nama gelaran, memang mudah. Macam budak duduk asrama. Lebih kurang begitu.

Muncung ini umurnya masih diawal 20-an. Dengar cerita Muncung meniagakan kerepek ini kerana ingin membantu ibunya. Kerepek ini dibungkus oleh ibu Muncung di rumah dan Muncung niagakan di dalam kilang dan pelanggan utamanya ialah di kalangan rakan-rakan, seperti Aneh, Jack, Ajis gila, Kojek, Rabun dan Pak Lah. Sebenarnya ramai lagi. Tapi malas nak sebut semua. Ramailah.

Namun begitu sejak seminggu lepas, ‘Kerepek Muncung’ semakin sukar diperolehi walaupun permintaannya tinggi. Kadang-kadang pekerja shif malam terpaksa menempah daripada pekerja shif siang untuk mendapatkan ‘Kerepek Muncung’. Sebabnya Muncung hanya berkerja pada shift siang.

Kalau siapa-siapa yang ada stok lebih ‘Kerepek Muncung’ kemudian dijualkan semula kepada mereka yang berminat, harganya boleh meningkat sampai 50 sen. Sudah jadi RM 1.50.

“Apa pasal mahal sangat?” Bentak Long Zaman pada Aji Enal pada satu hari di shift malam.

“Biasa RM 1.00 aje, paling tinggi pun  tambah lagi 30 sen” Long Zaman masih tidak puas hati. Padanya Aji Enal sengaja mahu menangguk di air yang keruh.

“Sekarang zaman kapitalis Long Zaman, kalau mahu, ambil, kalau tak mahu, tinggal” bersahaja jawab Aji Enal.

“Huh” dengus Long Zaman, sambil menghentakkan wang RM 1.50 atas meja Aji Enal. Kerepeknya diambil sebungkus.

Sambil berjalan meninggalkan meja Aji Enal, Long Zaman bergumam sendiri sambil menggigit bucu plastik kerepek.

“Tuih” diludahnya bekas plastik yang digigit tadi ke tanah, sengaja dikuatkan bunyi “Tuih” supaya didengar Aji Enal. Hatinya masih tidak puas hati.

bersambung…

1 Comment (+add yours?)

  1. Trackback: Kerepek Muncung (Bahagian 2) « Production Kehidupan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: