Ayah saya kerja Kastam tau!!!

Ketika saya sedang membuka fail dokumen-dokumen lama dengan tujuan untuk menyusun dan memfailkan semula dokumen-dokumen tersebut, tiba-tiba ada sehelai kertas bersaiz sederhana terjatuh di kaki saya.

Saya letakkan kembali semua dokumen yang saya pegang waktu itu lalu saya tunduk dan mengutip kertas tersebut.

Ternyata kertas tersebut ialah sijil berhenti sekolah rendah saya. Sijilnya sudah kekuningan dimakan waktu, namun tulisannya masih lagi pekat berdakwat hitam.

Seolah-olah warna hitam dakwat itu tidak luntur. Seolah-olah juga baru semalam Cikgu Fatimah menuliskan sijil itu untuk saya.

Saya teliti sijil tersebut dan tiba-tiba saya tersenyum.

Saya masih ingat lagi. Dan saya tidak akan melupakannya. Waktu itu tahun 1993, tahun monyet dalam kalendar Cina. Kisahnya berlaku di dalam sebuah bilik darjah yang terletak di dalam sebuah bangunan sekolah di tingkat tiga.

Bilik darjah itu yang kedua dari penjuru sebelah kanan bangunan. Waktu itu tempat duduk saya di bahagian kanan paling belakang kelas.

Betul-betul bersebelahan dengan pintu keluar belakang. Dengan menghulurkan tangan sahaja, rasanya saya sudah melanggar sempadan bilik darjah dengan luar kelas.

Dan dengan beberapa langkah kecil seterusnya akan berjumpa dengan tangga. Samada untuk turun atau naik. Datang atau balik.

Biasanya saya akan hadir ke sekolah setengah jam lebih awal. Atau satu jam. Saya jarang-jarang lewat mahupun terlambat. Cikgu kelas pun tahu itu.

Semasa di dalam bilik darjah, mata saya selalu mengerling ke arah seorang budak perempuan ini. Bukan mengerling sebenarnya, kalau mengerling itu maksudnya menjeling atau mencuri-curi pandang.

Lebih jujur saya katakan saya selalu memandang ke arahnya. Oleh sebab kedudukan saya yang berada di bahagian paling belakang kelas, maka saya selalulah memandang dia dari arah belakang.

Dan perkara ini tidaklah diperasankan oleh budak perempuan itu, guru-guru yang mengajar, waima rakan yang duduk disebelah saya sekalipun.

Budak perempuan ini merupakan salah seorang pengawas di dalam kelas juga di sekolah. Akademik dan belajarnya cemerlang, aktiviti berpersatuannya gemilang. Kalau tidak masakan dia boleh menjadi juara pantun peringkat negeri dan mewakili sekolah dalam pertandingan melukis “Esso” di kampung Melayu.

Namun begitu, saya masih kenangkan lagi sewaktu kelas bahasa inggeris. Dia gagal mengeja lengkap perkataan Vegetable’.

Dan setiap kali dia mengeja dan selepas habis mengeja teacher akan berkata wrong, wrong dan wrong. Selagi teacher berkata wrong, selama itu dia kena berdiri.

Lalu waktu itu pertama kalinya saya menjadi seorang yang volunteer bila teacher meminta seseorang untuk membantu.

Saya bangun dan mengeja perkataan ‘Vegetable’. Lancar dan yakin. Teacher memuji dengan berkata good.

Lalu teacher meminta dia mengulang eja dan dia mengulang eja perkataan ‘Vegetable’ seperti saya. Teacher juga memuji good kepada dia dan menyuruh kami duduk.

Dia sempat memandang saya dengan wajah sedikit masam sebelum duduk dan kemudian dia menghadapkan wajahnya ke papan hitam.

Saya jadi tertanya-tanya waktu itu. Adakah saya sudah mengguris perasaannya? Apakah menjadi kesalahan kerana saya cuba memperbetulkan ejaannya?

Kalaulah dahulu ada pertandingan “Spell It Right Challange”.Sekurang-kurangnya kertas lama yang sudah kekusaman kuning ini akan mencatitkan yang saya ini pernah mewakili sekolah suatu masa dulu.

Ya. Sekurang-kurangnya.

Ruang dan dimensi

Saya ambil sebatang pensil karbon. Saya belum tumpahkan ia ke kertas lagi. Saya biarkan pensil itu berlegar dan berpusing antara dua jari saya.

Saya kemudian menyandarkan badan ke kerusi pejabat yang empuk dan mudah melentik. Sepertinya saya akan jatuh. Namun kekuatan spring itu melantunkan saya ke atas kembali. Saya bergoyangan diatas kerusi itu beberapa kali. Begitulah saya ulang-ulangkan perbuatan yang serupa dan tiba-tiba dunia saya berubah.

Saya bukan di atas kerusi pejabat yang empuk dan mudah melentik lagi. Kini saya sedang berdiri dihadapan sebuah elevator. Saya baca papan tandanya.

“Lift to top”
“Dimana saya?” Saya berdetik di dalam hati.

Saya rasa, saya tidak kisah walau saya berada di mana-mana sekalipun asalkan disitu ada orang untuk saya bertanya. Tapi sekarang saya hanyalah sendiri. Tiba-tiba pintu elevator terbuka. Saya ragu-ragu untuk melangkah masuk. Namun kaki ini perlahan-lahan bergerak menuju ke dalam elevator. Sungguh, saya tidak mampu melawannya. Saya hanya turuti sahaja pergerakan kaki ini. Saya terawang-awangan.

Saya terkhayal sekejap kemudian saya tersentap.

Saya tunduk ke bawah melihat kaki. Kaki saya masih bergantung tidak memijak lantai. Rupanya saya masih di kerusi pejabat yang sama. Saya bersandar hingga kerusi itu melentik. Mata saya jadi berpinar-pinar. Saya melihat bulatan-bulatan yang berdimensi. Saya cuba mencari idea di dalam buntu.

Jamban

“Eh, Man! Hormat la sikit. Orang tengah makan ni” Zul Setan menegur Man Belon.

“Kenapa ni Zul, angin tidak, ribut tidak, tiba-tiba marah?” Soal Man Belon dengan rasa tidak puas hati sebab ditegur begitu oleh Zul Setan.

“Ialah, kau tak nampak ke aku tengah makan ni? Tiba-tiba cerita pasal jamban pula” Sergah Zul Setan lagi. Nasi yang melekat-lekat dijari dia renjis-renjiskan ke pinggan.

“Dah memang nama dia jamban, aku nak buat macam mana?” Jawab Man Belon sambil menyusun tiga biji ceper membentuk piramid. Yang dua lagi berjarak satu jengkal antara Jamban yang ditengah-tengah.

“Setakat satu jengkal, boleh lepas kalau pakai skill “sungkit” ni.” Rasa-rasa hati Hadi Closing melihat ceper yang disusun oleh Man Belon di atas meja.

Kontest Hanis Dan Mira Terlambat Pergi Exam

8.00 pagi – Di dewan peperiksaan.

Para pelajar sudah mulai dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. Masing-masing masuk dengan langkah yang berdebar-debar. Mereka dibenarkan duduk di mana-mana kerusi yang telah disediakan. Pintu masuk yang sesak pada awalnya kini telah kosong. Seorang pembantu peperiksaan menutup pintu utama dewan peperiksaan tersebut. Di atas setiap meja sudah disediakan kertas kajang bersaiz A4 sebanyak dua helai.

Para pelajar sekarang ini hanya menantikan kertas soalan yang akan diedarkan oleh Prof. Wan dan dua orang pembantunya. Dewan peperiksaan masih berdengung dengan bisik-bisik para pelajar.

“Zzzz..zzz..zzz” bunyi garau suara mikrofon bergema di dalam dewan.

“Diharap anda semua dapat diam untuk seketika” Prof Wan melontarkan suaranya melalui mikrofon yang dipegang lalu dihantar ke corong-corong pembesar suara yang ada di setiap pepenjuru dewan. Gema suaranya memantul dalam gegendang-gegendang telinga setiap insan yang ada di dalam dewan waktu itu.

Suasana menjadi hening dan sepi. “Terima kasih” suara Prof Wan memecahkan kesunyian dewan.

8.03 pagi – Dewan Peperiksaan.

Prof Wan dan para pembantunya sudah mulai mengedarkan kertas-kertas soalan.
“Sesiapa yang saya dapati membuka dan membaca kertas soalan tanpa arahan akan saya halau keluar dewan. Anda akan digagalkan!” Suara halus Prof Wan bertanda amaran mengecutkan hati pelajar-pelajar di dalam dewan.
Masing-masing hanya membiarkan kertas soalan di atas meja tanpa menyentuh apatah lagi kalau cuba mencuri-curi baca dan menyelaknya.

8.03 pagi – Bilik hostel Hanis dan Mira

Mira masih lagi terkocoh-kocoh menyiapkan diri. Baju kurung yang dipakainya berkerunyuk tanpa sempat digosok. Mira membetulkan tudung yang sedang disarung. Disilangkan bucu tudung ke kiri bahu dan dipinkan dengan kerongsang bunga perak.

“Aduh!” Mira separuh menjerit. Jarum kerongsang bunga perak tercucuk di hujung jari telunjuk Mira.
Darah setitis mula mengembang. Cepat-cepat jari telunjuk itu disuakan ke mulut. Dikacipnya perlahan. Luka kecil itu pun berhenti berdarah.

Hanis pula masih di dalam selimut. Sebenarnya mata Hanis sudah tercelik sedari Mira mula membangunkan dia pagi tadi. Namun Hanis berpura-pura mengantuk dan tidur.Hanis sudah nekad. Dia berserah sahaja. Memang dalam hati Hanis dia mahu mengulang subjek ini. Lagi pula ‘carry mark’nya tidak berapa bagus. Kalau peperiksaan ini lulus atau dijawabnya cemerlang sekalipun, grednya hanya paras-paras hidung.

8.05 pagi – Dewan Peperiksaan

“Baiklah, anda boleh buka kertas soalan. Kertas soalan ini mengandungi 5 muka surat bercetak dan satu muka surat tidak bercetak” Ujar Prof Wan yang berdiri di bahagian depan dewan peperiksaan, dia mula membenarkan para pelajar memeriksa kertas soalan masing-masing.

“Pastikan anda mendapat kertas soalan yang betul” tambahnya lagi.

Para pelajar masih menyemak-nyemak kertas soalan masing-masing. Bunyi-bunyi kertas diselak memenuhi ruang dewan.

“Jika tiada apa-apa kemusykilan, anda boleh menjawab se…”
“Prappp…” Bunyi mikrofon jatuh ke tanah. Pembesar suara mula mendengung kuat.

Suasana di dalam dewan mula menjadi cemas, kecoh dengan suara pelajar-pelajar dan bunyi bingit dari pembesar suara.

8.06 pagi – Di tangga hostel.

Mira menuruni laju tangga hostel. Bilik pintu memang sengaja tidak ditutup kembali sewaktu keluar tadi. Biar Hanis yang bangun menutupnya nanti. Mira mencaci-caci di dalam hati. Sedih pun terbit juga mengenangkan jika dia digagalkan satu subjek ini. Bermakna Mira harus menangguhkan jadual konvokesyennya.

“Tet..tet..”
“Tet..tet..” talifon bimbit mira berbunyi. Ada satu pesanan ringkas masuk.

Mira berhenti sekejap di balkoni tangga. Talifon bimbitnya dikeluarkan dari dalam poket baju baju kurung yang dipakainya.Dia menekan punat ‘unlock’.Di skrin yang bercahaya biru gelap itu tertulis;

“One new message received”.

Mira tekan punat ‘read’. “Prof Wan dikejarkan ke hospital tadi. Peperiksaan bagi subjek yang beliau ajar akan ditangguhkan sehingga diberitahu” – Pusat Maklumat IT Universiti.

Mira bersandar di tembok tangga. Perasaannya keliru antara gembira dan simpati.

Pendahuluannya di sini.

Makan Dalam

Kalam bermain ketip-ketip stapler sementara matanya memandang kuyu ke skrin komputer.

“Tepp..”
“Tepp..”
“Tepp..” Tangannya masih mengetip stapler. Bunyi nyaring ketip stappler mengisi ruang kamar ofis.

Satu-satu ubat steppler bertaburan atas meja. Kalam menoleh ke arah Zambri di meja sebelah. Kalam mencuit Zambri. Zambri berhenti sebentar. Mata Zambri teralih ke Kalam.

“Zam, ada rokok?” Tanya Kalam.
Zambri menepuk-nepuk poket seluar. Setelah itu diseluknya poket seluar bahagian kiri. Zambri mengeluarkan sekotak nusantara merah. Dihulurkan pada Kalam. Kalam sambut sekotak nusantara dengan senyuman di bibir.

“Zamb, ada lighter?” Tanya Kalam lagi.
Zambri toleh dengan senyum. “Kau fikir ini syurga ya?” soal Zambri pada nada yang paling halus.

Minit Mesyuarat

Fahmi meneliti kembali kertas catatannya di dalam mesyuarat semalam.Laporannya harus diserahkan pada bos sebelum jam sepuluh hari ni.

Air kotak ialah waktu rehat 5 minit.
Yang menjerit ialah Director Sale kerana masalah pengangkutan.
Yang berlari ialah “closing production target” hujung bulan ini. Dah Syaaban rupanya.
Topi ialah cerita kebajikan dan sukan.
Bolehlah dapat idea sikit-sikit.

“Ayam Den Lapeh”

Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima hati indak ka rusuah
Ayam den lapeh
Ai ai ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandai Sikek
Manurun jalan ka Biaro
Dima hati indak ka maupek
Awak takicuah
Ai ai ayam den lapeh

(1)
Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Lapehlah juo nan ka rimbo
Oi lah malang juo

(2)
Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo
Ai ai ayam den lapeh

Go to: (1), (2)

http://www.free-lyrics.org/18942-Minang.html

Previous Older Entries