Pintu Keluar Sudah Terbuka

Pagi itu Rodrigues bangun dengan segar sekali. Malam tadi hujan yang agak renyai betul-betul melenakan Rodrigues di dalam tidurnya. Semangat tidak sabar untuk memulakan hari itu.

Jarum jam baru menunjukkan angka lapan. Matahari masih belum terbit lagi. Lagipula di Guatemala awal bulan June merupakan pembukaan kepada musim ‘winter’. Cuaca pada musim winter kadang-kadang boleh jadi tidak terduga.

Seminggu yang lepas daerah Guatemala diterjah Ribut Tropika. Mujur ribut itu hanyalah ribut kecil yang diklasikafikan sebagai ribut amaran hijau. Maksudnya, aktiviti diluar rumah masih boleh dibenarkan tetapi harus berhati-hati.

Jika amarannya merah, keadaan memang betul-betul darurat. Penduduk dinasihatkan untuk berada  dalam rumah sepanjang amaran dinyalakan.

Rodrigues segera bingkas bangun dari atas katil. Dengan menyarung selipar kapas lembut, dia menuju ke ruang mandi.

Tiba-tiba dia mendengar suara orang ramai di luar rumah. Rodrigues merasa hairan. Jarang benar penduduk daerah Guatemala membuat bising di awal pagi. Pasti ada sesuatu yang pelik sedang berlaku bisik hati Rodrigues.

Rodrigues melarikan niatnya untuk ke ruang mandi. Kini dia menuju ke pintu utama. Apabila Rodrigues sampai ke pagar di hadapan rumahnya, Rodrigues terkejut melihat ramai orang sedang berkumpul di hujung simpang tiga yang  letaknya kira-kira 100 meter dari rumah Rodrigues.

“Yakjuj dan makjuj sudah keluar!” Pekik  Johannes, seorang anak muda yang berjiran dengan Rodrigues. Rodrigues kenal dengan Johannes yang masih bersekolah di sekolah tinggi yang terletak di tenga-tengah pekan Guatemala. Ayat itu dipekikkan oleh Johannes berulang-ulang kali sambil berlari dalam kegusaran. Mukanya terpancar ketakutan dan kebimbangan.

Hati Rodrigues semakin ingin tahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Langkahnya semakin menderas. Sesampainya Rodrigues dekat sekumpulan penduduk pekan Guatemala yang berkumpul itu, Rodrigues benar-benar terkejut.

Image Hosted by ImageShack.us

“Benar kata anak muda itu tadi”. Bisik Rodrigues sendiri.

Mereka semua termasuk Rodrigues terkejut melihat lubang yang besar dan dalam itu. Entah bila terjadinya tidak ada seorang pun dari penduduk pekan Guatemala yang mengetahuinya.

Mustahil lubang ini terjadi akibat perbuatan sengaja. Mana mungkin ada mesin dan perlatan yang mampu menggali lubang sebesar dan sedalam ini dalam tempoh satu malam. Malah tanpa mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.

Image Hosted by ImageShack.us

“Mungkin ini pintu keluar Yakjuj dan Makjuj”.

sumber gambar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: